Gambar Sekadar hiasan :
" Kejayaan itu satu perjalanan,
bukan satu tempat tujuan separuh dari keseronokannya
terdapat dalam menuju kesana." Gita Bellin
Alhamdulillah, petang tadi penulis berkesempatan untuk membawa diri menghirup udara segar meninjau, mengelilingi segenap sudut persekitaran kampus yang menjadi landasan buat diri penulis dalam menggapai pengetahuan di universiti ini.
Sepanjang perjalanan, sambil mengamati keindahan ciptaan ALLAH swt, penulis terfikir beberapa perkara yang mana masyarakat kampus ini baik mahasiswa mahupun pihak yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi sintok ini dengan baik dan penuh hikmah sama-sama berfikir sejenak berkenaan beberapa perkara yang sewajarnya diambil perhatian buat kebaikan diri sendiri.
Dengan lokasi universiti ini yang berada di kawasan hutan sambil persekitarannya yang sedikit sunyi jika dibandingkan dengan lokasi universiti di kawasan yang terletak di ibu kota yang mana dibanjiri dengan pengangkutan yang senantiasa bergerak sana dan sini dan sebagainya, membuatkan penulis sendiri merasa bersyukur dengan keadaan persekitaran bumi sintok ini yang saharusnya masyarakat kampus terutamanya mahasiswa mengambil peluang untuk mengikuti pengajian dengan hati yang tenang, udara persekitaran yang baik untuk belajar kerana dikelilingi tumbuhan hijau yang menjadi sumber oksigen buat manusia untuk bernafas.
Sepanjang tiga tahun pengajian disini, penulis merasakan Universiti ini sangat permai persekitarannya, barangkali mungkin ada dikalangan mereka yang merungut sukar untuk ke bandar, kemudahan infrastruktur yang mungkin tidak menepati citarasa seseorang yang ingin belajar atau sebaliknya, ya penulis juga mengakui sedemikian rupa cuma ia tidak boleh dijadikan alasan untuk gagal mengikuti pengajian dengan baik dan bergraduasi dengan jayanya.
Hakikatnya, universiti ini hanya sebuah lokasi yang menjadi tempat pengajian. Soalnya siapa pula yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkannya, mengurusnya, menjaganya seterusnya bersama-sama menaikkan nama universiti ke arah mercu tanda yang diimpikan. Universiti ini sangat cantik, sangat indah tetapi oleh kerana orang yang seharusnya bersama-sama memakmurkan bumi pengajian di lokasi ini gagal menjalankan tugasnya, gagal menjaga statusnya hatta peri penting persekitaran universiti ini yang tidak diambil peduli dengan masing-masing mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain yang sedaya upaya mencari altenatif berusaha menjaga mememilahara universiti ini, memakmurkan tradisi pengurusan serta pengajian yang seharusnya menjadi kiblat utama mereka, oleh kerana kealpaan ini, mereka sendiri memburukkan universiti ini, mereka sendiri mengutuk tempat pengajian sendiri, mereka sendiri yang memperlekehkan universiti sendiri, sedangkan lokasi, nama universiti tidak bersalah apa pun tetapi diperkatakan sedemikian rupa, walhal mereka yang dipertanggungjawabkan bersama-sama memakmurkan bumi sintok ini tidak sendiri mencari hikmahnya.
Kini, di tempoh akhir pengajian, hati ini bertanya pada diri sendiri, “apa yang sudah aku sumbangkan pada universiti ini”, Allahuakbar persoalan yang tidak dapat dijawab oleh diri sendiri. Penulis berkeyakinan, seandainya kita sedar akan peri tanggungjawab untuk memakmurkan bumi pengajian di lokasi ini dengan baik, hati yang tulus, berganding bahu dan sebagainya, insya ALLAH, penulis pasti universiti ini akan menjadi landasan tempat pengajian yang menjadi impian bagi orang lain untuk belajar disini disamping taraf universiti meningkat dari sudut kualiti baik kondusif, pengurusan dan akademiknya.
Akhir kalam : Sayang UUM
No comments:
Post a Comment