Wanita hiasan dunia,
seindah hiasan adalah wanita solehah...
Apabila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal.Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula didalam peti besi yang berkunci.Begitu juga di umpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan dikhalayak umum.Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama,harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita islam kini.
Sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong semakin bertambah, jalan mendabik dada.Merasakan bahawa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated,bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Kesimpulanya tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.Kita tidak merasakan diri hina, banyak berdosa dengan tuhan mahupun dengan manusia.Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanyalah satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Gangguan Seksual juga berpunca dari wanita
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak sembahyang.Ada orang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang sebegini.Orang islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pula tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum-hukum islam.Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung oleh yang demian, bagi mereka lebih baik tidak bertudung makanya kebebasan seseorang akan diperolehi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang bukan Islam..
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain kerna Islam itu bermula dari diri kita sendiri.
Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung.Aurat, wajib ditutup tetapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa.Tudung diluar tudung di dalam( hati).Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan pelbagai lagi pernyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita muslim. Sama ada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar juga kita mengatakan si polan itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.Berbuat kemungkaran adalah satu dosa,manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.
Kontroversi IFF yang dinaungi oleh Rosmah Mansor (IPM) yang mempersendakan Islam
Kalau sudah mula menutup aurat,elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasilah diri dengan sifat tolak ansur dan sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan.Jangan lagi berjalan kehulu dan kehilir denagn teman lelaki.Tentang soal jodoh pula, serahkanlah semuanya kepada Allah. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.Yakinlah pada ketentuan Qada’ dan Qadar dari Allah.Apabila sudah menutup aurat, cuba tingkatkan amalan lain.Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu belajar.Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut.Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata orang lain.Jaga tertib sebagai seorang wanita.Jaga diri dan maruah sebagai sebagai seorang wanita islam.Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.
Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam.Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful”. Semuanya bila individu islam itu sudah cantik peribadinya.Oleh itu, wahai wanita-wanita islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. Insya ALLAH.
Nak dapat pasangan yang baik dan soleh dalam hidup,,, kita harus menjadi baik dan soleh terlebih dahulu... Insya ALLAH
No comments:
Post a Comment