“Pangkal ilmu adalah mendengar sebaik-baiknya,
Kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya.
Akhir sekali di amal dan disebarkan ilmu itu bagi dimanfaatkan.”
-Sufyan Ummayah-
Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Penulis bersetuju dengan bidalan kata sedemikian yang mana penulis sendiri yakin bahawa, rakan-rakan pasti boleh memikirkan kandungan mahupun makna bagi bidalan tersebut dengan lebih mendalam dan kritis, Insya ALLAH. Sebagai mukadimah awal bagi perkongsian untuk ruangan kali ini, suka penulis membawa rakan sekalian, mengingati, mengambil panduan dan tauladan daripada sirah Baginda Muhammad saw yang mana bagi penulis Baginda saw adalah seorang ikon yang harus diikuti oleh sekalian ummah kerna melalui corak hidup bertitik tolak melalui perjalan hidup bermula dengan kelahiran Baginda sehinggalah Kewafatan Baginda sendiri.
Ruangan kali ini juga hanyalah sekadar perkongsian, dari apa yang telah penulis sendiri pelajari semasa mengikuti pengkuliahan bagi sabjek ini. Barangkali pengisian yang dikongsikan ini agak ringkas malah mungkin juga rakan pembaca lebih arif mahupun boleh menokok tambah idea dan pandangan demi kebaikan dan manfaat kita bersama. Sebelum penulis meneruskan perkongsian kali ini, bagi rakan-rakan yang mungkin selepas tamat pengajian mahupun sebagainya yang mungkin berminat dan bercita-cita untuk menggelar seorang usahawan, penulis menyarankan agar rakan pembaca yang dikasihi ALLAH ini mendapatkan, mencari buku “Jejak Bisnes Rasul ” yang diterbitkan oleh PTS Profesional melalui hasil penulisan Dr. Mohamed Sulaiman dan saudara Aizuddinur Zarkaria, sebagai panduan dan rujukan yang baik untuk kita cuba memahami, menanam pengetahuan, mengembangkan minda dengan mendalami sedikit sebanyak kandungan buku ini yang mengupas tentang peribadi Bisnes Rasulullah saw.Insya ALLAH
Ayuh Kita Mulakan Perkongsian ini!.
Persoalan yang harus dijawab untuk kita keproses mahupun bahagian yang seterusnya, apa yang rakan-rakan faham akan Rancangan Perniagaan ini?, Mengapa ia diperlukan?, Siapa yang memerlukan Rancangan perniagaan ini dan bermacam-macam lagi persoalan yang harus dirungkai satu persatu. Tetapi sebelum menjawab persoalan tersebut, apakah proses awal dalam membangunkan Rancangan Perniagaan ini, Ya tentulah penjanaan sesebuah idea perniagaan. Penulis tidak akan mengupas dengan lebih mendalam bagaiman ingin membina mahupun menjana sebuah idea yang bersifat kreatif, kritis mahupun membina, kerna ia boleh dirujuk dengan pakar-pakar yang mahir dalam bidang ini insya ALLAH.
Baiklah, terdapat beberapa perkara yang sebenarnya mempengaruhi dalam membentuk sesebuah idea perniagaan. Bruce R. Barringer menyatakan bahawa terdapat tiga sumber asas pembentukan sesebuah idea, dalam pemerhatian beliau, sumber-sumber tersebut merangkum:
i. Perubahan trend persekitaran
ii. Permasalahan yang tidak boleh diselesaikan
iii. Jurang dalam pasaran
Perubahan trend persekitaran ini merangkumkan aspek struktur masyarakat, ekonomi, kemajuan teknologi,persekitaran sosial, lanskap politik, undang-undang dan sebagainya. Kita ambil sebuah contoh yang mudah iaitu dari aspek struktur masyarakat. Ironinya di Malaysia sendiri , terdapat beberapa jenis lapisan masyarakat yang berbilang bangsa, berlainan jantina, taraf pendapatan mahupun citarasa seseorang, dengan pendapatan, peringkat umur dan citarasa masyarakat yang berbeza ia boleh memberi kesan terhadap bakal usahawan itu untuk memulakan perniagaannya, barangkali seseorang individu yang berpendapatan tinggi contohnya lebih gemar makan di luar berbanding masak sendiri di rumah, oleh yang demikian, bakal usahawan ini mungkin boleh menjalankan perniagaan mahupun restoran eksklusif untuk individu yang berpendapatan tinggi tersebut. Mungkin rakan pembaca boleh menokok tambahnya sendiri dari aspek ekonomi dan selainya.
Bagi permasalahan yang tidak dapat diselesaikan, sebagai contoh... apabila harga minyak petrol meningkat, pastinya menimbulkan rasa marah dan tidak berpuas hati, dari permasalahan tersebut, akan timbul idea perniagaan bagi bakal usahawan untuk mencipta produk bahan api yang baru dengan menggantikan bahan api petrol tersebut dengan cara membuat penyelidikan dan kajian untuk mengantikan bahan api tersebut, ataupun,,, meningkatkan lagi dari aspek pengangutan awam yang mampu menarik minat orang ramai untuk menaikinya dan sebagainya.
Apa yang penulis faham tentang Jurang dalam pasaran ini pula yang mana penulis boleh berkongsi mahupun memberi sebuah contoh yang boleh dikaitkan dengan sumber ketiga ini. Katakanlah dalam industri tekstil mahupun pakaian yang membuat mahupun mengeluarkan jersi-jersi bola sepak yang mana hanya untuk lelaki sahaja kebiasaanya iaini untuk peminat sukan bola sepak khususnya bagi lelaki ini. Pada masa yang sama, kaum wanita ini juga tidak terlepas untuk bersama-sama menyokong pasukan bola sepak kegemaran mereka, yang mana pastinya ada rasa keinginan bagi mereka ini untuk memakai pakaian bola sepak pasukan kegemaran meraka yang khas untuk kaum wanita, tetapi ia tiada di pasaran mahupun kedai-kedai sukan yang menjual pakaian atau jersi tersebut. Oleh itu, bakal usahawan ini mungkin terfikir untuk mereka khas jersi untuk kaum wanita seterusnya ilham ini terus diimplimentasikan dan mengeluarkan produk pakaian tersebut seterusnya memasarkan produk jersi wanita ini di pasaran.
Teknik Menjana Idea Perniagaan
Penulis yakin, rakan pembaca sudah boleh terfikir akan cara menjana idea ini, antara kaedah penjanaan idea yang boleh digunakan ialah melalui kaedah “Brainstorming”, kaedah “Do-It” ataupun lebih dikenali penyelesaian masalah, mendapatkan idea dari “Fokus Group”, kaedah penyelidikan, internet dan sebagainya.
Skrin Pertama
Setelah langkah pembinaan idea dan pemerolehan idea dijalankan, bakal usahawan ini perlulah menjalankan langkah yang kedua ini iaitu melakukan Skrin Pertama, ataupun mengimbasi idea-idea perniagaan yang dijana tadi.
Apa itu skrin pertama?.
Mengikut pemahaman penulis, melalui skrin pertama ini, bakal usahawan akan membuat pengujian, pengkururan terhadap potensi-potensi seandainya idea perniagaan diimplimentasikan dalam dunia perniagaan. Terdapat lima aspek yang diukur yang mana ia merangkumi kekuatan idea perniagaan itu sendiri, beberapa isu berbangkit seperti hubungan industri, sasaran mahupun target pasaran dan pengguna, penubuhan perniagaan dan aspek kewangan. Ia nya diukur dengan skala yang sesuai bagi menunjukkan potensi dan keboleh daya saing di realiti perniagaan yang sebenar. Seanadainya darjah pengukuran menunjukan keputusan yang baik dan berpontensi, seterusnya bakal usahawan ini seharusnya melakukan analisa kebarangkilan dengan erti kata lain, mendapatkan analisa kemungkinan dan ramalan seandainya pernigaan ini diceburi di pasaran.
Idea Perniagaan yang baik mampu memberi potensi yang besar
dalam perniagaan yang diceburi
Proses seterusnya akan menyusul kemudian Insya ALLAH. Komen dan idea anda amat penulis hargai dan mudah-mudahan kita memperoleh manfaat dan kebaikan untuk diri kita bersama. wallahualam
Akhir Kalam : Segala Komen, Pembetulan Fakta Penulisan mahupun penambahan idead dan maklumat dalam ruangan perkongsian ini amat dialu-alukan.
Sumber Gambar : Enjin Carian Google
Sumber Penulisan :
Perbincangan dalam kelas/kuliah kursus BPME 2043 Rancangan Perniagaan, UUM
Preparing Effective Business Plans - An Entrepreneurial Approach. Bruce R. Baringger, Ph.D, (Department of Management, University of Central Florida, Prentice Hall 2008)
Pengurusan Strategi. zainal Abidin Mohamed (Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd,1994)
No comments:
Post a Comment