Sebagaimana yang diketahui umum,solat lima waktu dalam jangka masa sehari semalam adalah satu rukun islam yang wajib ditunaikan.Firman Allah dalam surah An-Nisa’ yang bermaksud:
“maka dirikan sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa),sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan keatas orang-orang yang beriman,yang telah ditentukan waktunya.”
Namun demikian samada sedar atau tidak, masih ada yang tidak mengambil berat soal sembahyang. Ada diantara mereka yang tidak pernah sembahyang langsung atau sembahyang ikut mood. Ada juga yang bekerja keras dari pagi hingga ke petang, siang dan malam untuk memenuhi keperluan hidup, tetapi tidak pernah pula bersusah payah untuk menunaikan solat.
Menurut kajian yang dibuat oleh tokoh islam,didapati orang yang meninggalkan solat ada beberapa keadaan dan sebab:
Malas: golongan ini akui bahawa solat itu adalah wajib dan perlu ditunaikan, tetapi oleh kerana pengaruh malas yang sangat kuat mereka mengabaikan fardhu tersebut.
Keremajaan: mereka tidak sembahyang kerana menganggap solat itu pakaian orang-orang tua.Mereka berpendapat masa muda itu harus digunakan untuk capai segala kemahuan hawa nafsu muda.Setelah tua barulah tiba waktu untuk sembahyang.
Pengaruh kekusutan hati dan gangguan perasaan : mereka meninggalkan solat kerana hati mereka kusut dan perasaan tidak tenteram lantaran disebabkan oleh kesedihan atau kesusahan.Mereka tidak sedar bahawa sembahyang boleh menenangkan jiwa dan menghapuskan segala gundah gulana.
Sebab lain: Ada golongan manusia meninggalkan sembahyang kerana kealpaan dan kelekaan yang dipengaruhi oleh kemewahan duniawi.
Akhir Kalam : Jadi, kita sebagai umat islam perlulah sentiasa mengambil berat terhadap perkara-perkara yang telah diperintahkan dan menjauhi segala yang dilarang.Semoga kita akan memperoleh kemenangan di dunia dan akhirat.
Kredit buat penulis asal artikel ini.
No comments:
Post a Comment