Showing posts with label Hikmah Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Hikmah Kehidupan. Show all posts

Wednesday, June 13, 2012

Al-Qur'an Penyuci Jiwa...Insha Allah

Sekadar Hiasan

Selepas habis belajaq mengaji dengan atuknya... Aiman terus sahaja membuka persoalan terhadap atuknya...

Aiman : “ atuk... Aiman nak tanya sesuatu boleh tak atuk”...

Atuk : “ Hurm... boleh Aiman... silakanlah...”

Aiman : “ Atuk selalu cakap kalau kita baca al-Qur’an... hati kita akan bertambah bersihkan atuk”

Atuk : “Insha Allah Aiman... betul... kenapa Aiman tanya macam tu kat Atuk...”

Aiman : “ alah atuk ni, Aiman saja je tanya... cuma kan atuk, ,,,”

Atuk : “ Cuma apa tu Aiman”..

Aiman : “ macam mana dengan membaca al Qur’an tu boleh menyucikan hati kita ya atuk”...

Uhuk uhuk... (suara atuk terbatuk).... agak keras juga batuknya itu...

Aiman : “ atuk sakit ke... atuk nak Aiman ambilkan air ka...”

Atuk : “ hurm... baguih.. cucu atuk ni... boleh juga Aiman... hurm tapi jangan ambil air kat dapuq tu ya...Aiman pergi kat bawah berandar... kat situ Aiman cari ada bekas mangkuk arang yang bocoq,,, Aiman ambil...mangkuk tu ya...”

Aiman : “ atuk ni makan arang ke... atau cara atuk nak rawat batuk... kena guna arang”

Atuk : ... (sambil ketawa) ...” tidak Aiman... Aiman ambil bekas mangkuk arang tu,,, Aiman pergi ambil Air kat tepi sungai sebelah rumah kita ni,,, Aiman bawa kat atuk boleh...”

Aiman : “hurm baik atuk... atuk tunggu ya..”

Aiman terus sahaja pergi ke bawah berandar untuk mencari mangkuk (bekas tempat arang) tersebut... meletak arang ke tempat lain dan terus membawa bekas arang yang bocor itu ke sungai untuk mengambil air...

Selepas isian air sungai yang pertama... Aiman terus sahaja membawa air tersebut ke rumah... sampai sahaja di hadapan atuknya... airnya tiada... Aiman pergi kembali mengisi Air sungai sekali lagi kedalam bekas itu dan balik semula ke tempat atuknya... sama juga,,, bekas itu menjadi kosong.... kali ketiga aiman lakukan perkara yang sama... sampai sahaja di tempat atuknya... airnya sudah tiada... Aiman mengeluh dihadapan atuknya...

Aiman : “ alah atuk... apa ni... aiman guna bekas yang lainlah...”

Atuk : (sambil tersenyum melihat gelagat cucunya itu”... Aiman... sebenaqnya... ada sebab atuk buat begini...

Aiman : “ atuk ni saja je tau..kita risaukan dia”...

Atuk : “ baik Aiman... kali pertama Aiman tengok bekas ni pasti hitam kan.. kesan daripada arang tu... yelahkan nama pun bekas arang... Aiman perasan tak bila kali pertama , kedua dan ketiga aiman guna bekas tu untuk ambil air..”

Aiman mencelah...

Aiman : “Aiman perasan tuk,,, sedikit demi sedikit kesan arang itu hilang....”

Atuk : “ hurm... itulah tamsilan yang boleh atuk bagitahu kat sini... macam hati kita... kalau kita baca al Qur’an... lama kelamaan hati kita akan bertambah bersih Aiman ... Insha Allah... Yakinlah pada Allah... dan biarlah bacaan kita ke atau amalan membaca al Qur’an ini kita niat ikhlas kerana Allah... kerna pasti lama kelamaan ianya akan menyucikan hati kita... dan menenangkan hati kita... Insha Allah...”



 


Monday, June 11, 2012

Kasih Ibu...

Sekadar Hiasan


Pada suatu hari dalam satu sesi motivasi ibu bapa bersama pelajar….Penceramah telah memanggil  sepasang ibu dan anak untuk tampil ke hadapan.

Penceramah : Baik sidang hadirin, pertama sekali saya ingin meminta para hadirin untuk memberi tumpuan akan apa yang saya akan lakukan sebentar nanti. Terima kasih juga kepada puan kerana sudi bekerjasama dengan saya untuk sesi aktiviti ini... terima kasih ya puan... hurm... mungkin puan boleh  kongsikan sedikit maklumat peribadi puan dan anak puan... bagi nama puan dan anak puan

Makcik : hurm nama saya Puan Rahimah... dan ini anak saya Mohammad Alexender Haikal Bin Mohammad Kadir.

Pencermah : Huh... panjangnya nama,,, maksud nama tu apa kak

Makcik :.... sambil ketawa... tak tahulah akak...

Penceramah : Okei... Haikal tingkatan lima ke tingkatan 3

Haikal : tingkatan lima cikgu...

Pencermah : Baik... Haikal, saya mahu kamu berdiri di sebelah saya.. disini,,, dan minta buka beg saya tu Haikal,,, dan kongsikan bersama rakan-rakan kita di dalam dewan ni

Haikal : Subhanallah... duit cikgu...

Penceramah : ya benar duit... dalam beg saya ini ada $ 10 juta U.S

Seluruh dewan menjadi bising... dan ibu bapa serta pelajar  juga tertanya-tanya samada duit yang berada di dalam beg penceramah tersebut betul ataupun tidak...

Penceramah menyambung terus sesi beliau...

Penceramah : Baik kak Rahimah,,, sekarang ni anak akak berada disebelah saya,,,  saya bagi akak $ 1000 U.S kemudian,,, akak bagi Haikal pada saya... boleh

Makcik : saya tak mahu

Penceramah : Baik saya bayar akak $ 10,000 ... mahu

Makcik : saya tak mahu

Penceramah : baik saya bagi akak $ 100,000... pejam mata sahaja lepas tu akak serah Haikal pada saya...

Makcik : Saya tak mahu

Pencermah : Baik... andai 1 Juta bagaimana kak

Makcik : Geleng kepala
Perkara tersebut berlanjutan sehingga ke $ 10 Juta U.S ....

Penceramah : Baik kak... 10 Juta

Makcik : sambil mengeluarkan air mata.... baiklah tuan... kalau tuan mahu anak saya... tuan ambillah NYAWA saya... saya sayang anak saya...tuan

Penceramah tersebut hampir sahaja menitiskan air mata... mendengar jawapan terkahir dari ibu Haikal... baginya objektifnya untuk mendengar jawapan terakhir dari seorang ibu kepada pelajar ini tercapai...

Penceramah menyerahkan anak tersebut kepada ibunya kembali... dan menyampaikan sesuatu pada Haikal dan sidang pendengar...

Penceramah : baik, Haikal,,, awak dah dengar penjelasan ibu awak tadi... bagi dia,,, awak ini sangat berharga... tidak terhitung nilai awak... saya pasti kalau saya serahkan 1 isi dunia ini sekalipun pada ibu awak,,, pasti dia tidak akan menjualkan awak kepada saya... peluklah ibu awak,,, hargailah dia... dan sayangilah dia...jangan derhaka kepadanya...

Friday, June 8, 2012

Kisah Aku dan Ustaz : Baitul Muslim

Alhamdulillah,,, dalam musim cuti sekolah ini, ada sahaja keluarga dan masyarakat di Malaysia ini mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan buat anak-anak mereka. Tidak ketinggalan ada juga dikalangan rakan-rakanku yang akan berkahwin pada tahun ini... Alhamdulillah...Yang sudah berkahwin, aku doakan agar hidup kalian lebih diberkati dan bahagia hendaknya disamping keluarga, suami, isteri dan anak-anak. Kepada yang akan berkahwin... pun begitu juga... Oleh kerana itu,,, untuk entri kali ini, aku berminat untuk berkongsikan dengan kalian akan sebuah cerita... cerita apa... cerita pasal kahwinlah...

Perkahwinan itu juga sebuah rezeki pemberian Allah... kerana dari perkahwinan juga Allah berikan kita kebahagian hidup... sebab dalam hidup manusia ini semua nak cari kebahagian... jadi antara salah satunya adalah dengan membina kebahagiaan dari alam rumah tangga Insha Allah. Baik,,, berbalik pada perkongsian yang aku ingin tulis disini....Ketika dalam perjalanan menuju ke warung untuk mendapatkan santapan tengah-hari... 

 Sekadar Gambar Hiasan

Ketika sahabatku ini sedang fokus pada pemanduannya,,, tiba-tiba tergerak hatiku ingin mengetahui serba sedikit akan cerita peribadi beliau...
 
Aku : Err...Ustaz, isteri ustaz orang mana ya...

Ustaz : Isteri sama satu tempat dengan ana di Kota Tinggi. Kenapa sheikh...

Aku : Tak da apa Ustaz, ana sahaja tanya... hurm, habis sekarang ustaz ulang-alik ke Kota Tinggi ke setiap minggu.

Ustaz : boleh dikatakan begitulah zafi,,, biasalah,,, biarpun begitu perasaan risau tu memang ada. Yelah dengan kami pun baru sahaja dikurniakan cahaya mata yang pertama kan... sapa tak sayang isteri zafi... dan Insha Allah selepas ni, kami akan mulai tinggal bersama di area Bangi...

Aku : Alhamdulillah, sewa rumah berapa sebulan Ustaz.

Ustaz : 500 ringgit sheikh...enta ni tanya ana akan hal ni, enta bila lagi... sheikh...

Aku : Hurm Alhamdulillah ustaz... buat masa sekarang ana dalam proses taaruf lagi Ustaz... baru kenal-kenal dengan ibu dan ayah masing-masing.

Ustaz : “Alhamdulillah” baguihla...

Aku : Tapi orang yang dah kahwin ni, mesti hidupnya penuh barokah kan Ustaz...

Ustaz : Betul tu enta,,, Syaitan menangis kalau orang muda ni kahwin... lagi satu rezeki dan urusan kita ni, Allah akan permudahkan... zafi Insya Allah...

Aku : hurm mungkin Ustaz boleh kongsikan pengalaman Ustaz ketika mula-mula ingin membina baitul muslim ni

Ustaz : Insha Allah, zafi boleh... kalau nak ikutkan kisah ana ni, Allahuakbar,,, memang mencabar... yelah barangkali enta mungkin faham kan, zaman sekarang ni semua memerlukan duit. Ana dulu yelah,,, tika tu dengan ana masih lagi dalam pengajian sarjana ana di UKM, sambil tu memang ada juga lah ana buat program motivasi dan kerja-kerja lain, bolehlah juga dapat dalam RM 200 sebulan,,, enta tahu kan hidup di sini dengan sara hidupnya begitu begini dan lain-lain lagi. Yelah zafi pun orang Johor,,, kan masa ana dulu mas kahwinnya dalam RM 2+.++ kan itu pada ketika itukan,,, masa ana dulu, di sebelah pihak perempuan tetapkan mas kahwin 200... masa mula-mula dah tetapkan tu,,, yelah mungkin ana rasa ana mampu nak bayar mas kahwin tukan, tapi nak dijadikan cerita pada hari ana ingin menikah tu, duit ana tak cukup zafi,,, ada 5 ringgit sahaja dalam poket seluar,,, yelah matlamat ingin guna duit sendiri.

Aku : habis apa tindakan Ustaz ketika itu (“perasaan ingin tahu bertambah dalam diriku”)

Ustaz : Hurm... bila kenang kembali,,, Allah itu Maha Berkuasa... yang penting kita kena yakin dan berdoa pada Allah,,, dengan keteguhan niat murni kita nak bina baitul muslim,,, nak elak berlaku maksiat dan benda tak baik nikan,,, hurm okei sambung yang tadi tu,,, yelah 5 ringgit zafi,,, ada 195 ringgit lagi tak cukup... jadi lepas tu sebelum bertolak ke rumah bakal isteri ana,  ana telefonlan dia bagitahu keadaan ana yang tak cukup duit nak dapatkan 200 ringgit tu, jadi kami pakatlah agar mas kahwin tu ikut pada kadar yang sedia ada 2+.++ ringgit tu. So ibu bapa mertua ana tika tu pun setuju, isteri ana pun pada ketika itu pun setuju... okei... masa tu dah decide dah mas kahwin adalah pada nilai tersebut...

Aku : Eh bukankah ustaz habaq tadi duit ustaz ada 5 ringgi je,,, jadi mana ustaz cari selebihnya...

Ustaz : ya benar zafi... masa tu pun ana pening juga,,, ana tak jelaskan perkara sebenar... yang duit ana Cuma ada 5 ringgit je... bila sampai kat rumah isteri ana masa sebelum nak akad nikah,,, pada waktu nikah tu, kawan-kawan lama ana datang bagi meraikan hari pernikahan ana tika itu, memang ana ada maklumkan pada mereka yang ana bernikah pada hari tersebut lah kan... entah macam mana kuasa Allah Taala,,, kawan-kawan ana ni ada urusan lain,,, jadi diorang tak sempat berasama waktu proses akad nikah tulah,,, yelah waktu kami bersalam-salaman tu,,, sorang-sorang sedekah duit...kat ana... jadi duit sedekah yang kawan-kawan ana bagi tu ,,, kumpul punya kumpul cukup pula 200 ringgit... Alhamdulillah... jadi yang mas kahwin tadi tukaq pada perancangan asal... Alhamdulillah,,, lepas lafaz ijab kabul, kami disatukan,,, Alhamdulillah rezeki Allah selepas kami mendirikan baitul muslim ni sentiasa ada... syukur sangat,,, siap Allah kurniakan lagi anak untuk kami berdua ...

Aku : Allahukbar,,, betullah... ustaz... bersemangat pulak ana nak nikah cepat-cepat ni... Insha Allah.. mudah-mudahan...

Rezeki dan kebahagiaan itu semuanya adalah kuasa Allah Taala. Paling penting kita kena usaha, doa banyak-banyak minta pada Allah agar Allah mudahkan segala urusan kita, rezeki kita dilapangkan dan sebagainya selain niat dan keinginan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Hendaklah perkara tersebut didasari hanya semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah s.w.t Insha Allah... (^ _ ^)






Tuesday, June 5, 2012

Belajarlah dari KESILAPAN

"Belajarlah dari kesilapan kita, kerna ia menguntungkan diri kita dan sebenarnya menguntungkan juga orang lain"

 Gambar Sekadar Hiasan

Kisah 20 Tahun Yang Lalu

Pada suatu hari, dalam sebuah program motivasi untuk pekerja, para peserta telah berkumpul mengikut kumpulan masing-masing bagi mengikuti slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Ali adalah salah seorang dari peserta yang mengikuti program motivasi tersebut.

Dalam satu sesi LDK...

Fasilitator : baiklah, mungkin ada di kalangan kalian ingin berkongsikan sesuatu sebelum kita membuat kesimpulan bagi tajuk perbincangan kita pada petang ni...

Ali tanpa segan silu mengangkat tangan kerna merasakan ada sesuatu perkara yang penting untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain dalam sesi LDKnya

Fasilitator : Ya Ali... okei silakan

Ali : Err... barangkali kisah benar yang saya ingin kongsikan bersama kalian semua, mungkin ia merupakan perkara biasa bagi kalian. Saya harap kisah ini mungkin boleh memberi sesuatu yang bermanfaat untuk kalian dan juga diri saya. Yelah mungkin juga kena dengan tajuk yang baru kita bincangkan senbentar tadi. Bagi anda mungkin mungkin menganggap saya pengotor dan sebagainya..

Fasilitator : Tidak mengapa Ali... teruskan...

Ali : Hurm... begini, suatu hari ketika saya dalam perjalanan untuk pulang ke rumah, kampung halaman saya di Perak, kiranya dari Johor saya pulang ke Perak lah kan. Yang mana pada waktu ketika itu, saya menunggang motorsikal. Sedang dalam perjalanan, perut saya memulas dan saya rasa nak perlu juga melepaskan hajat saya tu, jadi saya singgahlah kat suatu tempat perhentian... mujur ada tandas disitu. Jadi saya lepaskanlah hajat saya, bila dah habis, saya nak beristinjak, saya dapati air takda, saya tengok dekat tempat pam air pun tak da juga air... Ah sudah, apa yang harus aku buat ni, takkanlah nak tinggal macam tu sahaja... aduh...

Fasilitator : Jadi apa tindakan awak Ali pada ketika itu

Ali : Nak tak nak, saya terpaksa mengorbankan seluar dalam saya untuk membersihkan mangkuk tandas tersebut. Agak menyesal saya sebab saya tak “check” air dulu samada ia ada atau tidak. Apabila saya sampai ke rumah saya bersihkanlah badan saya dan juga pakaian saya tu semua. Sebulan selepas tu, saya mengembara lagi ke suatu tempat seperti biasa dengan motorsikal saya tu. Peristiwa perut memulas sekali lagi mengganggu perjalanan saya pada waktu ketika itu. Jadi saya berhenti kat suatu tempat perhentian (tandas) untuk melepaskan hajat saya tu. Pada waktu tersebut, memang saya belajar betul-betul dari peristiwa lalu. Sebelum saya melepaskan hajat, saya akan buka air dulu, samada ada air atau tidak,,, mujur ada, Alhamdulillah dapat juga saya beristinjak pada ketika itu. Habis beristinjak, saya tadah pula air dalam suatu baldi, saya takut suatu masa nanti air paip takda, jadi saya tadah air, dan penuhkan baldi tu, supaya mana, yelah mana tahu suatu hari nanti ada orang nak melepaskan hajat, dikhuatiri air paip takda, jadi saya standbykan untuk sesiapa supaya mana peristiwa yang berlaku pada saya tidak berlaku pada orang lain.

Fasilitator : Ali ali... bagus dan saya puji tindakan awak,,, jadi jelas, kalau kita belajar dari kesilapan,,, ia bukan sahaja menguntungkan diri kita malah pada orang lain juga.

Hurm tamsilannya mungkin boleh begini. Sebagai contoh, kalau kita sewaktu UPSR ke PMR ke mungkin kita pernah gagal. Masuk pula pada peringkat SPM misalnya, kali ni kita betul-betul belajar dari kesilapan yang dulu dan tak mahu terlepas peluang lagi. Dan kita berusaha bersungguh-sungguh dan akhirnya kita dapat keputusan yang baik dan cemerlang. Ye kebaikan dan keuntunggannya kita juga yang dapat, tempias kejayaan kita itu berbalik juga pada ibu dan ayah mahupun keluarga, pasti mereka merasa gembira atas kejayaan anaknya.

Dalam kehidupan kita sekarang ni sama juga, pasti pernah kita melakukan 1, 2 atau banyak kesilapan...Oleh itu, ayuh, kalau ada yang tersilap tu, kita perbaiki dan kita ambil iktibar dari kegagalan atau kesilapan kita pada waktu dahulu.. mudah-mudahan kita beroleh sesuatu yang BERMANFAAT dalam kehidupan kita Insha Allah...