Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts

Thursday, July 5, 2012

Doa Tanpa Usaha ....Mungkin Tidak Akan Bermakna...

Sedang dalam kelas tutorial dalam kursus teknologi pendidikan,,,,

Pensyarah : “Okei,,, guru-guru yang saya kasehi...adakah cikgu semua yakin pada doa cikgu pada Allah...”

Salah seorang guru bingkas bangun memberi jawapan...

Cikgu Edi : “saya yakin ustaz... sebab Allah itu akan mengabulkan setiap doa dan permintaan hambaNya”..

Pensyarah : “baik benar cikgu Edi...tak mengapa okei,,, sekarang ni saya mahu cikgu bentuk satu kumpulan berdua atau bertiga,,, dan saya memerlukan cikgu semua mengeluarkan sebatang pen yang ada penutupnya....setiap kumpulan satu pen sahaja...”

Semua guru mengikut arahan yang diberikan oleh pensyarah mereka... lalu membentuk kumpulan masing-masing... ada berdua dan ada juga bertiga...

Pensyarah : “baik... adakah setiap kumpulan sudah ada pen yang saya inginkan... kalau sudah... saya nak setiap ahli kumpulan pegang dengan erat pen tersebut... jangan pegang pada penutupnya,,, pegang pada batangnya sahaja... genggam dengan erat...”... “ baik sudah semuanya,,, sekarang ni saya mahu semua pejam mata... dan berdoa pada Allah dengan penuh yakin sebagaimana yang guru-guru bagitahu sebentar tadi...genggam erat sambil berdoa di dalam hati dengan penuh keyakinan agar Allah cabut penutup pen tersebut... saya bagi tempoh dalam satu minit... untuk membuktikan kenyataan guru-guru tadi,,,”

Selepas seminit berlalu...

Pensyarah : “ okei...semua buka mata dan tengok pen kumpulan masing-masing... adakah ianya terbuka... ada.. atau tiada”...

Semua guru menggelengkan kepala dan tunduk..serta menjawab pertanyaan pensyarah mereka...

Semua guru : “tidak tercabut penutupnya... ustaz”

Pensyarah : “adakah kamu tidak yakin pada Allah...”... “kamu semua dah berdoa dan menanamkan rasa keyakinan itu pada Allah”...

Cikgu Edi : “ benar ustaz.. kami sudah berdoa dan kami yakin... tapi....”

Pensyarah : “baik... saya faham,,, pada pandangan guru-guru semua,,, apa hikmah disebalik aktiviti kita tadi... kenapa biarpun kita sudah berdoa... minta pada Allah...tapi penutup pen tersebut masih juga tidak tercabut...”

Seorang guru menganggat tangan dan memberi jawapan...

Cikgu Firdaus : “ untuk sesuatu perkara... kita kena berusaha ustaz...”

Pensyarah : “ bagus cikgu,,, terima kasih... inilah perkara yang saya ingin tekankan pada pada guru-guru semua,,, doa itu penting dan ianya mesti disusuli dengan usaha...kemudian kita serahkan kesemuanya kepada Allah... kerana apa cikgu !... kerna Allah jualah tempat kita bergantung harap dan doa... ubah mindset kita,,, kita bukan para nabi dan rasul... kita bukan wali atau seseorang yang diangkat tinggi darjatnya oleh Allah...kita kena usaha cikgu... buleh sahaja kan... sambil pejam mata dan berdoa tadi... cikgu-cikgu boleh menggunakan salah satu tangan untuk mencabut penutup pen tersebut... jadi kita kena usaha cikgu... kerna doa tanpa usaha... ia pasti tidak bermakna... wallahualam”



Wednesday, June 13, 2012

Al-Qur'an Penyuci Jiwa...Insha Allah

Sekadar Hiasan

Selepas habis belajaq mengaji dengan atuknya... Aiman terus sahaja membuka persoalan terhadap atuknya...

Aiman : “ atuk... Aiman nak tanya sesuatu boleh tak atuk”...

Atuk : “ Hurm... boleh Aiman... silakanlah...”

Aiman : “ Atuk selalu cakap kalau kita baca al-Qur’an... hati kita akan bertambah bersihkan atuk”

Atuk : “Insha Allah Aiman... betul... kenapa Aiman tanya macam tu kat Atuk...”

Aiman : “ alah atuk ni, Aiman saja je tanya... cuma kan atuk, ,,,”

Atuk : “ Cuma apa tu Aiman”..

Aiman : “ macam mana dengan membaca al Qur’an tu boleh menyucikan hati kita ya atuk”...

Uhuk uhuk... (suara atuk terbatuk).... agak keras juga batuknya itu...

Aiman : “ atuk sakit ke... atuk nak Aiman ambilkan air ka...”

Atuk : “ hurm... baguih.. cucu atuk ni... boleh juga Aiman... hurm tapi jangan ambil air kat dapuq tu ya...Aiman pergi kat bawah berandar... kat situ Aiman cari ada bekas mangkuk arang yang bocoq,,, Aiman ambil...mangkuk tu ya...”

Aiman : “ atuk ni makan arang ke... atau cara atuk nak rawat batuk... kena guna arang”

Atuk : ... (sambil ketawa) ...” tidak Aiman... Aiman ambil bekas mangkuk arang tu,,, Aiman pergi ambil Air kat tepi sungai sebelah rumah kita ni,,, Aiman bawa kat atuk boleh...”

Aiman : “hurm baik atuk... atuk tunggu ya..”

Aiman terus sahaja pergi ke bawah berandar untuk mencari mangkuk (bekas tempat arang) tersebut... meletak arang ke tempat lain dan terus membawa bekas arang yang bocor itu ke sungai untuk mengambil air...

Selepas isian air sungai yang pertama... Aiman terus sahaja membawa air tersebut ke rumah... sampai sahaja di hadapan atuknya... airnya tiada... Aiman pergi kembali mengisi Air sungai sekali lagi kedalam bekas itu dan balik semula ke tempat atuknya... sama juga,,, bekas itu menjadi kosong.... kali ketiga aiman lakukan perkara yang sama... sampai sahaja di tempat atuknya... airnya sudah tiada... Aiman mengeluh dihadapan atuknya...

Aiman : “ alah atuk... apa ni... aiman guna bekas yang lainlah...”

Atuk : (sambil tersenyum melihat gelagat cucunya itu”... Aiman... sebenaqnya... ada sebab atuk buat begini...

Aiman : “ atuk ni saja je tau..kita risaukan dia”...

Atuk : “ baik Aiman... kali pertama Aiman tengok bekas ni pasti hitam kan.. kesan daripada arang tu... yelahkan nama pun bekas arang... Aiman perasan tak bila kali pertama , kedua dan ketiga aiman guna bekas tu untuk ambil air..”

Aiman mencelah...

Aiman : “Aiman perasan tuk,,, sedikit demi sedikit kesan arang itu hilang....”

Atuk : “ hurm... itulah tamsilan yang boleh atuk bagitahu kat sini... macam hati kita... kalau kita baca al Qur’an... lama kelamaan hati kita akan bertambah bersih Aiman ... Insha Allah... Yakinlah pada Allah... dan biarlah bacaan kita ke atau amalan membaca al Qur’an ini kita niat ikhlas kerana Allah... kerna pasti lama kelamaan ianya akan menyucikan hati kita... dan menenangkan hati kita... Insha Allah...”



 


Tuesday, June 12, 2012

IKHLAS... Neutralkan Tekanan

Sekadar Hiasan

Hadi merupakan seorang pensyarah yang baru sahaja bertugas di sebuah Kolej Universiti di Selangor. Di peringkat awal perkhidmatannya, beliau bersama rakan setugas yang lain dikehendaki menghadiri kursus dalaman yang dianjurkan oleh pihak majikannya selama enam bulan, dalam tempoh kursus itu, sebagai kakitangan akademik, pihak pengurusan juga menyediakan satu sesi usrah mingguan  untuk mereka...pada suatu hari, dalam satu sesi usrah diadakan.....

Seperti biasa naqib kumpulan usrah Hadi memulakan muqadimah awal sebagai pembuka tirai program usrahnya,,, di peringkat permulaan ini, sesi taaruf sesama ahli usrah turut di adakan... untuk sesi pertemuan yang pertaman ini, pihak naqib meminta setiap ahli usrahnya menceritakan pendapat dan pandangan masing-masing berkenaan kursus dalaman yang diambil, kuliah dan sebagainya. Rata-rata dikalangan kami menyatakan rasa tekanan dengan kursus yang diambil ini,,, bukan apa cuma... dengan jadual waktu kuliah yang padat, ujian,, tugasan dan bermacam-macam lagi mungkin menjadi salah satu perkara yang menyumbang kepada faktor tekanan tersebut... samada berat atau ringan ... itu aku tak tahu...sejauh mana rakan-rakanku menghadapinya dan menyelesaikannya... wallahualam.. . Tidak ketinggalan Hadi juga menyatakan bahawa dia juga merasa tertekan dengan sistem berorentasikan peperiksaan dan ujian.Dia merasakan sudah cukup trauma barangkali,,, mana tidak benda yang dia harap-harapkan agar tidak berlaku lagi macam pengajiannya sewaktu di universiti dulu... lulus gagal lepas tidak lepas repeat repair... semuanya dia sudah lalui...bila masuk kursus ni dia kena hadapi peperiksaan lagi... tugasan lagi dan sebagainya.... itulah antara yang Hadi kongsikan dengan naqib dan rakan-rakan usrahnya...

Naqib : “Baik, saya sudah mendengar luahan hati kalian akan perkara ini. Ya benar saya juga diperingkat awal merasakan juga tekanan, cumanya mungkin terdapat perbezaan, sebab saya sewaktu mula bertugas di sini, saya tidak perlu mengambil kursus dalaman ini,,, saya yakin, ada juga dikalangan rakan-rakan anda yang lain ada juga yang dikecualikan dari melalui kursus ini disebabkan kerana mereka sudah ada kelayakan ikhtisas dalam bidang pendidikan. Oleh kerana anda semua tiada, maka pihak pengurusan mewajibkan anda semua melalui kursus ini dan WAJIB lulus ya... tidak mengapa, nak dikongsikan pengalaman saya, pengalaman saya tidak lah begitu banyak berbanding pensyarah-pensyarah yang sedia ada ataupun yang sudah lama berkhidmat di sini. “ paling penting bagi saya yang saya boleh kongsikan bersama anda semua,,, kalau kita ikhlas dalam sesuatu perkara,,, segala perkara insha Allah anda semua akan lalauinya dengan mudah,,, samada ada peperiksaan atau tidak,,, oleh kerana anda ikhlas untuk menjadi seorang pendidik disini, sudah pasti anda akan berusaha mendpatkan sebanyak mana ilmu tentang pendidikan...anda akan lebih bersungguh-sungguh dalam hal ini. Insha Allah ingat,,, peranan kita sebagai seorang pendidik ini adalah satu tanggungan yang berat yang kita mesti pikul,,, jangan berputus asa, berdoalah pada Allah agar Allah memudahkan apa jua urusan yang kita hadapi.. tiga perkara sahaja,,, ingat bila kita mati nanti, kita hanya ada yang pertama anak yang soleh... yang ni kita tidak pasti samada ia kita ada anak-anak yang soleh ataupun tidak, kedua sedekah jariah kita, inilah yang sedang atau inilah proses yang kita atau anda akan lakukan, tak boleh wang ringgit,,, sedekahkanlah ilmu anda pada anak murid anda, dan yang ketiga adalah ilmu yang bermanfaat. Ingatlah rakan pendidikku akan sifat ikhlas kita semata-mata kerana Allah Taala,,, ikhlas mampu meneutralakan tekanan dan kesukaran yang kita hadapi... insha Allah.



Monday, June 11, 2012

Kasih Ibu...

Sekadar Hiasan


Pada suatu hari dalam satu sesi motivasi ibu bapa bersama pelajar….Penceramah telah memanggil  sepasang ibu dan anak untuk tampil ke hadapan.

Penceramah : Baik sidang hadirin, pertama sekali saya ingin meminta para hadirin untuk memberi tumpuan akan apa yang saya akan lakukan sebentar nanti. Terima kasih juga kepada puan kerana sudi bekerjasama dengan saya untuk sesi aktiviti ini... terima kasih ya puan... hurm... mungkin puan boleh  kongsikan sedikit maklumat peribadi puan dan anak puan... bagi nama puan dan anak puan

Makcik : hurm nama saya Puan Rahimah... dan ini anak saya Mohammad Alexender Haikal Bin Mohammad Kadir.

Pencermah : Huh... panjangnya nama,,, maksud nama tu apa kak

Makcik :.... sambil ketawa... tak tahulah akak...

Penceramah : Okei... Haikal tingkatan lima ke tingkatan 3

Haikal : tingkatan lima cikgu...

Pencermah : Baik... Haikal, saya mahu kamu berdiri di sebelah saya.. disini,,, dan minta buka beg saya tu Haikal,,, dan kongsikan bersama rakan-rakan kita di dalam dewan ni

Haikal : Subhanallah... duit cikgu...

Penceramah : ya benar duit... dalam beg saya ini ada $ 10 juta U.S

Seluruh dewan menjadi bising... dan ibu bapa serta pelajar  juga tertanya-tanya samada duit yang berada di dalam beg penceramah tersebut betul ataupun tidak...

Penceramah menyambung terus sesi beliau...

Penceramah : Baik kak Rahimah,,, sekarang ni anak akak berada disebelah saya,,,  saya bagi akak $ 1000 U.S kemudian,,, akak bagi Haikal pada saya... boleh

Makcik : saya tak mahu

Penceramah : Baik saya bayar akak $ 10,000 ... mahu

Makcik : saya tak mahu

Penceramah : baik saya bagi akak $ 100,000... pejam mata sahaja lepas tu akak serah Haikal pada saya...

Makcik : Saya tak mahu

Pencermah : Baik... andai 1 Juta bagaimana kak

Makcik : Geleng kepala
Perkara tersebut berlanjutan sehingga ke $ 10 Juta U.S ....

Penceramah : Baik kak... 10 Juta

Makcik : sambil mengeluarkan air mata.... baiklah tuan... kalau tuan mahu anak saya... tuan ambillah NYAWA saya... saya sayang anak saya...tuan

Penceramah tersebut hampir sahaja menitiskan air mata... mendengar jawapan terkahir dari ibu Haikal... baginya objektifnya untuk mendengar jawapan terakhir dari seorang ibu kepada pelajar ini tercapai...

Penceramah menyerahkan anak tersebut kepada ibunya kembali... dan menyampaikan sesuatu pada Haikal dan sidang pendengar...

Penceramah : baik, Haikal,,, awak dah dengar penjelasan ibu awak tadi... bagi dia,,, awak ini sangat berharga... tidak terhitung nilai awak... saya pasti kalau saya serahkan 1 isi dunia ini sekalipun pada ibu awak,,, pasti dia tidak akan menjualkan awak kepada saya... peluklah ibu awak,,, hargailah dia... dan sayangilah dia...jangan derhaka kepadanya...

Thursday, September 22, 2011

Ambil Masa ... Untuk Bermuhasabah Seketika


 Gambar sekadar hiasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyanyang Dan Maha Pengasih, aku memohon keampunan dariMU dan aku bertaubat kepadaMU, limpahkan redha dan rahmatMU kepadaku, keluarga dan para pelayar laman ini. Sesungguhnya, Engkaulah Maha Penerima Taubat dan Memberi Rahmat.

Alhamdulillah, buat entri kali ini, marilah kita mengambil masa sejenak untuk bersama-sama kita  menghisab dan menghitung diri selama mana kita diberi peluang oleh Allah dalam menjalani kehidupan sebagai manusi.a Sedikit pengisian huraian hadith berkenaan empat pertanyaan yang mesti dijawab yang telah diriwayatkan oleh tirmizi demi manfaat dan persediaan dalam menghadap Allah SWT di akhirat kelak. Allah akan bertanyakan kepada kita akan empat perkara :



1.    Sepanjang umur kita, apakah amalan yang kita telah lakukan, adakah kita memanfaatkan umur kita yang panjang ini dengan perkara-perkara yang diperintah dan dituntut oleh Allah Taala ataukah kita melanggar perintah Allah Taala...

2.    Daripada ilmu yang kita perolehi, ada kita sudah memanfaatkannya baik buat diri kita dan orang disekeliling kita. Adakah kita berasa sombong dan takabbur dengan ilmu yang kita ada sehingga lalai dan tidak menyampaikanya pada orang lain.

3. Daripada manakah kita memperolehi sumber harta dan kemana pula ia diagihkan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah atas orang-orang yang beriman. Adakah kita memperolehi harta melalui jalan yang tidak diredhai Allah. Adakah kita telah membelanjakan harta pemberian Allah pada jalan Allah.

4.    Kita telah diberikan nikmat anggota badan yang sempurna daripada Allah Taala, tangan, kaki dan anggota badan yang lain merupakan sebuah nikmat Allah yang sangat besar. Persoalannya disini. Daripada nikmat yang diberikan ini, apakah kita telah melakukan sesuatu perkara yang dilarang Allah mahupun sebaliknya.



Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua akan perihal penting yang akan berlaku ketika mana berada di akhirat kelak. Penulis memohon maaf kepada sekalian pembaca, ayuh kita menghisab diri dan menghitung amalan kita. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Wallahualam...

Carilah Hikmah Disebalik MUSIBAH


Setiap dari kita langsung akan tidak terlepas dari di uji Allah SWT. Persoalan yang barangkali bermain di minda kita antaranya seperti “ya Allah mengapa aku diuji sebegini” dan berbagai lagi. Umumnya ada juga di antara kita barangkali menganggap musibah itu merupakan sebuah bencana yang besar seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya.

Hakikatnya, musibah tidak hanya pada perkara-perkara yang besar sahaja. Masalah dari perkara-perkara yang kecil juga dikategorikan sebagai musibah. Gagal dalam peperiksaan itu musibah, anak yang dilahirkan dalam keadaan yatim juga musibah, begitu juga dengan kemalangan dan sebagainya.
Allah tidak akan memberi bebanan kepada hambaNya dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh kita. Setiap sesuatu musibah PASTI ada hikmahnya, pasti ada tujuan dari Allah yang ingin melihat setiap hambanya merayu, merintih, memohon dan berdoa kepadaNYA. Kerana hanya kepada DIA sahajalah tempat kita menyembah dan hanya kepadaNya jualah tempat kita meminta pertolongan.

Penulis mengingatkan diri penulis sendiri akan hal ini, begitu juga harapannya dengan rakan pelayar blog ini, mudah-mudahan kita akan terus tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua ujian dan musibah yang Allah turunkan kepada kita.
Doa itu Senjata Bagi Orang Islam

Penulis tahu, dan kita semua tahu yang mana Allah MENGASIHI DAN MENYANYANGI setiap makhluk-makhlukNYA. Kalau Allah turunkan musibah, samada langsung terus kepada kita mahupun kepada orang lain, maka pasti ada sesuatu yang Allah mahu kita lakukan samada dengan bertaubat, meningkatkan amal ibadah dan berusaha menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah. Jadikan musibah yang diterima oleh orang lain sebagai pengajaran dan peringatan buat diri  kita serta jadikan musiabah dan ujian yang menimpa dirimudah-mudahan boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT. Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Amin Ya Rabb