Jadual Perlawanan
Pasukan Bola Sepak Malaysia yang sudah berlangsung
Sebelum meneruskan “entry” penulisan kali ini, sedikit berita terkini tentang pasukan bola sepak Malaysia yang beraksi di pentas Sukan Asia edisi bagi tahun 2010 ini. Malaysia melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam acara sukan bola sepak di sukan Asia bagi tahun 2010 ini, yang mana hanya 16 pasukan terbaik iaitu 12 pasukan yang terdiri dari pada dua pasukan teratas setiap kumpulan dan baki empat lagi ialah empat pasukan terbaik yang menduduki tangga ketiga dalam setiap kumpulan. Ini bermakna negara Malaysia Berjaya menduduki 16 kelompok pasukan terbaik yang Berjaya ke peringkat sebelumnya.
Malaysia sebelum ini di peringkat kumpulan, Malaysia diundi bersama-sama Jepun, negara tuan rumah China dan Kyrgystan yang mana dalam ketiga-tiga perlawanan Malaysia hanya berjaya menumpaskan Kyrgystan dengan 2 : 0, manakala tumpas pada baki dua perlawanan berikutnya 0:2 kepada Jepun dan 0:3 kepada tuan rumah iaitu China.
Kontroversi : Tiga Pemain Malaysia diarah keluar padang
ketika perlawanan menentang China. Malaysia tumpas 0:3 pada Tuan Rumah
Meskipun begitu, saingan pada peringkat seterusnya, Malaysia akan berhadapan dengan gergasi Asia iaitu Iran yang menjuarai peringkat kumpulan. Dalam masa yang sama, dilema yang menghantui skuad harimau ini sedikit sebanyak menggangu konsentrasi dan pengurusan yang mana, disamping beberapa pemain yang dihantui dengan masalah kecederaan dan sebagainya Kem bola sepak malaysia juga terpaksa menerima hakikat kerana tiga orang pemain kebangsaan tidak boleh beraksi menentang pasukan Iran kerna dilayangkan kad merah semasa bertemu dengan China pada baki perlawanan peringkat kumpulan. Kini Malaysia hanya tinggal 14 orang pemain sahaja yang akan beraksi pada perlawanan seterusnya. Menang atau kalah adat pertandingan, di atas kertas iran menjadi pilihan, tetapi di atas padang, siapa tahu dalam dunia bola sepak apa sahaja mahupun kejutan(up-set) boleh berlaku.
Walaubagaimanapun, penulis kerap juga mendengar yang mana bola sepak Malaysia sudah berubah, banyak juga perbandingan dibuat oleh segilintir masyarakat mahaupun peminat di negara ini yang membandingkan bola sepak malaysia di era 50an,60an dan 70an dengan zaman milenia kini.
Era Kegemilangan Bola Sepak Malaysia pada era 60an,70an dan 80an
Malaysia antara pasukan asia yang digeruni ketika itu.
Penulis tidaklah begitu fanatik dengan sukan bolak sepak ini, tetapi apa yang penulis amati dengan melihat situasi kini, segelintir rakyat Malaysia yang hanya menyokong, disanjung, memberi pujian seandainya Malaysia memenangi sesebuah kejohanan, tetapi apabila skuad negara kalah mahupun tumpas dengan jaringan yang besar dan sebaginya, Pasukan negara dikutuk, dihina mahupun diperkatakan dengan kesat dan sebagainya. Hakikatnya sokongan tidak berterusan dan ikhlas sebagai seorang yang kononya peminat dan penyokong bola sepak negara.
“menang disanjung, kalah dihina, dikutuk ...dicaci”
Seperkara lagi, jika menyokong sebuah pasukan, biarlah bersifat profesional dan menontonlah dengan semangat kesukanan, bukannya memaki hamun dan sebagainya, penulis berkesempatan juga menonton beberapa perlawanan bola sepak diantara di kaca television dan sebagainya, penulis mendapati ada sahaja buah mulut penyokong yang tidak semena-menanya memakin hamun, mengeluarkan kata-kata kesat dan sebaginya,
“Bodoh ! bangang, bola macam tu pun tak boleh gol kah, bodoh la pemain ni”
“Babi betul, macam mana Man U boleh menang ni, bengong”
Rusuhan yang Melanda di Stadium
Bila terdengar, beberapa perkataan yang sedemikian, Masya ALLAH!, hati penulis ni, ingin tertawa pun ada melihat gelagat mereka yang sedemikian rupa, Allahuakbar, nak mengkritik, bagilah kritikan yang elok bunyi bahasanya, bukannya memakin hamun dan sebagainya. Usahlah kata-kata kesat dilontarkan penyokong, kelibat akhlak mereka ketika menonton juga diambil teladan agar kita pandai menjaga diri kita sendiri, duduk bercampur lelaki dan perempuan, pada masa yang sama diambil kesempatan berpeluk-pelukan, bagi yang perempuan, auratnya entah kemana, soal solatnya, ketegasan diri bila dilaungkan azan menyeru untuk bersolat secara berjemaah yang tidak diendahkan, hiburan sukan duniawi menjadi keutamaan, tingkah laku yang memalukan diri sendiri, baling botol, membakar mercun dan apa jua perkara yang penulis fikir pembaca faham akan hal ini.
“Menontonlah dengan Iman dan Islam, jaga akhlak dan tingkah laku, hormat menghormati sesama insan,dan perkara yang penting perlulah diutamakan dan jangan diabaikannya.”
Wanita: Aspek pemakaian dan akhlak harus dijaga, tidak lupa juga pada yang lelaki
Apa jua perkara, Islam dan Iman harus dijaga, ingatlah apabila ada kemahuan melakukan semua perkara, ingatlah ALLAH, percayalah ada dua malaikat di kanan dan dibahu kita yang mencatit setiap tindak tanduk dan perilaku kita, dan ingatlah apabila ingin berhadapan dengan ALLAH, lupakan semua perkara. Moga-moga kita tergolong dikalnagan manusia yang dijaga oleh ALLAH akan hatinya, dipelihara oleh ALLAH akan akhlaknya dan mudah-mudahan kita termasuk dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh Insya ALLAH.
Akhir kalam : Apa jua pun, Malaysia kalah atau menang, itu tidak penting yang penting sejauh mana kita menghargai pengorbanan dan kesungguhan mereka di atas padang, kerna bukan kita yang berada di atas pedang tersebut. Strategi harus diatur, semangat harus dikobarkan... insya ALLAH.
**Kredit untuk Penulis sendiri
No comments:
Post a Comment