Friday, November 19, 2010

Rancangan Perniagaan : Perkongsian 3(Analisa Industri)

Gambar sekadar hiasan

 
“Dalam kehidupan ini, kita seperti bermain catur
Mereka yang dapat melihat jauh kehadapan itu yang menang”
Buxton Charles

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH, perkongsian ini diteruskan lagi, tetapi sebelum kita meneruskan ke perkongsian kita seterusnya, seharusnya beberapa persoalan dan isu sudah boleh kita fahami dan boleh kita fikirkan bersama.

Bagaimana menjana sebuah idea perniagaan boleh dibentuk?
Apakah faktor yang membantu seseorang bakal usahawan itu membina prospek idea perniagaan?
Mengapa kita memerlukan Rancangan Perniagaan?
Elemen-elemen penting yang perlu di jadikan asas dalam sebuah Rancangan Perniagaan?
 
Insya ALLAH, penulis yakin bahawa para pembaca lebih arif dalam menjawab persoalan-persoalan ini. Untuk ruangan kali ini, penulis akan cuba memperkongsikan bersama rakan pembaca semua akan beberapa buah unsur-unsur penting yang harus dirangkumkan di dalam Rancangan Perniagaan ini. Mengikut pemahaman yang diperolehi semasa proses pengkuliahan bagi kursus ini, berikut adalah beberapa unsur yang perlu diketengahkan dan perlu diambil perhatian secara lebih khusus untuk dibincangkan antaranya seperti analisa industri, analisa pasaran, analisa, pembentukan rancangan pemasaran, pengurusan operasi dan pembangunan produk serta rancangan mahupun belanjawan kewangan.

Penulis tidak akan menyentuh berkaitan dengan strategi formal mahupun dasar strategi yang dibentuk sebagai tulang belakang sesebuah perniagaan itu dalam mencapai matlamat mahupun kejayaan yang ingin dikecapi dalam sesebuah perniagaan. Bagi rakan pembaca yang berminat, barangkali rakan pembaca sekalian boleh membuat penyelidikan yang lebih mendalam akan pengurusan strategi samada melalui laman internet dan sebagainya. Di ruangan kali ini, penulis hanya akan menyentuh beberapa asas yang membantu dalam pembentukan pengurusan strategi sebuah perniagaan.

Dalam penulisan mahupun penghasilan RP yang efektif, elemen-elemen mahupun unsur seperti diatas amatlah perlu dititkberatkan, sumabangan tenaga dan pengorbanan masa dalam membuat penyelidikan awal amatlah ditagih bagi menghasilkan sebuah rancangan perniagaan yang baik. Elemen pertama yang penulis akan kongsikan disini adalah analisa industri. Persoalan yang harus dijawab sebelum kita membincangkan berkenaan analisa ini ialah, apakah yang anda faham akan industri, bagaimana analisa ini mempengaruhi pembentukan sebuah rancangan perniagaan dan apakah kandungan-kandungan yang perlu dikaji dan dianalisa dalam elemen industri ini.

Pengertian Industri

Mengikut Bruce R. Baringger, beliau menyatakan bahawa industri ini adalah sebuah sekumpulan firma yang mengeluarkan mahupun menghasilkan produk mahupun perkhidmatan yang mempunyai pencirian yang serupa seperti produk elektronik, tekstil dan sebagainya yang mana situasi industri ini berhubung kait dengan pelbagai dimensi seperti saiz, kadar pertumbuhan, struktur industri, belanjawan kewangan dan sebagainya.


Antara aspek-aspek yang perlu dikenalpasti dalam proses ini yang perlu dikenalpasti adalah seperti persaingan, pemimpin industri, memahami tingkat jualan, mengenal pasti pesaing utama, produk tandingan dan deskripsi harga.

i.                   Persaingan : Dalam analisa ini, perlu dinyatakan siapakah bakal pesaing akan akan dihadapi,selain mengukur dan menilai kekuatan dan kelamahan bakal pesaing dan sebaganya. Melalui analisa ini juga, sesorang bakal usahawan itu hendaklah memdapatkan maklumat seperti syer pasaran selain menentukan strategi promosi yang harus dikumpul dalam membantu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pesaing

ii.                   Pemimpin Industri : Bakal usahawan harus mengenalpasti siapakah yang menjadi pemimpin dalam sesebuah industri yang diceburi mahupun dengan  erti kata lain, mengenalpasti pesaing yang mengawal syer pasaran yang paling besar dalam sesebuah industri. Sebagai contoh, dalam industri peruncitan, Firma GIANT adalah pemimpimpin industri bagi industri peruncitan ini.

iii.               Tingkat Jualan : Penganalisa seharusnya menetukan berapakah jumlah pengeluaran serta menyatakan bilangan syer perkongsian yang dijangka dalam sesebuah industri ini.

iv.                 Pesaing Utama : Menganalisa akan siapakah pesaing utama dalam indsutri ini sama juga tujuannya dalam aspek persaingan iaini mengkaji kekuatan dan kelamahan pesaing utama.

v.                 Produk Tandingan : Analisa ini bertujuan bagi memastikan apakah produk yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa bagi komuniti masyarakat. Harus ditonjolkan jua akan kelebihan produk mahupun perkhidmatan yang dikeluarkan dalam membuat perbandingan dengan pengeluaran produk atau pekhidmatan pesaing industri. 
vi.                 Harga : Menetapkan strategi perletakan harga serta menganalisis produk pesaing. Bagi strategi ini ia harus dikupas dengan lebih mendalam akan hal ini. Ia perlu dirujuk melalui aspek penyelidikan yang lebih luas. Penulis tidak akan menyentuh dengan lebih mendalam akan hal ini. Barangkali ia mungkin terkandung dalam buku pengurusan strategi dan laman-laman yang lain. 


Selain itu beberapa karektor mahupun aspek penting yang menjadi tulang belakang dalam analisa industri ini. Diantaranya ialah struktur industri yang mana ia dalam konteks perniagaan, ia merujuk kepada bagaimana penumpuan mahupun pembahagian industri dilakukan yang mana ia merangkumi samada landskap persaingan didalam industri ini yang boleh menarik minat mahupun tidak. (Bruce R. Baringger). Selain itu juga antara aspek yang terkandung dalam analisa industri ini adalah dari sudut penyertaan dalam industri, kadar ratio dan faktor-faktor yang menjadi kunci kejajayaan dalam konteks persaingan dalam industri yang secara amnya merangkumi kualiti sesuatu produk, sokongan pemasaran, pehidmatan yang berkualiti, deskripsi harga dan sebagainya.

Dalam hal lain juga, faktor mahupun trend persekitaran mahupun trend perniagaan mempengaruhi dalam penilaian industri ini yang mana ianya sudah dibincangkan dalam perkongsian yang pertama sebelum ini. Prospek jangka masa panjang juga harus diukur dan dikenal pasti dalam aspek analisa industri ini, samada perniagaan yang terlibat dalam industri ini mempunyai peluang yang cerah pada masa hadapan dalam industri ini ataupun dalam aspek keberkesanan dalam industri dan sebagainya. Dengan itu, persoalan yang harus difikirkan bersama dalam perkongsian kali ini, yang patut kita sama-sama fikir adalah bagaimana analisa industri ini memberi kesan mahupun mempengaruhi pembentukan pelan rancangan perniagaan ini.

Akhir Kalam : Segala Komen, Pembetulan Fakta Penulisan mahupun penambahan idead dan maklumat dalam ruangan perkongsian ini amat dialu-alukan.

Sumber Gambar : Enjin Carian Google

Sumber Penulisan

Perbincangan dalam kelas/kuliah kursus BPME 2043 Rancangan Perniagaan, UUM  

Preparing Effective Business Plans - An Entrepreneurial Approach. Bruce R. Baringger, Ph.D, (Department of Management, University of Central Florida, Prentice Hall 2008)

Pengurusan Strategi. zainal Abidin Mohamed (Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd,1994)











No comments:

Post a Comment