Wednesday, November 17, 2010

Rancangan Perniagaan : Perkongsian 2(Proses Permulaan)


Sebelum ini, penulis telah memperkongsikan serba sedikit bahagian Pembangunan Prospek dan Idea Pernigaan. Untuk ruangan kali ini pula, penulis ingin membawa rakan pembaca yang dikasihi Allah sekalian untuk ke bahagian yang mana bahagian ini akan mengupas berkenaan proses permulaan dalam membina sebuah Rancangan Perniagaan. Insya Allah.

Sebelum meneruskan perbincangan seterusnya ini, penulis ini membawa rakan pembaca  sekalian mengenal pasti jenis-jenis sesebuah perniagaan yang dijalankan. Mengikut  Bruce R. Barringer, beliau menghuraikan bahawa secara amnya, terdapat empat jenis mahupun kritera sesebuah perniagaan itu antaranya :

i.                     Survival : Mengikut pemahaman penulis, perniagaan jenis ini bersifat sekadar untuk menampung kecukupan perbelanjaan makan dan minum, pakaian dan selainnya yang mana secara mudahnya bagi menampung keperluan hidup seseorang. Contohnya Perniagaan Menjaga Anak dll

ii.                   Gaya Hidup : Ia memberi peluang kepada peniaga yang menceburi perniagaan berkonsepkan GH ini memperolehi kehidupan baru yang sedikit berbeza dan peningkatan taraf hidup yang lebih baik dari peniaga mahupun usahawan yang melibatkan diri dalam sesebuah perniagaan yang bersifat survival. Sebagai contoh, perniagaan E-bay dll

iii.                  Pertumbuhan Terkawal : Kebiasaanya, perniagaan jenis ini boleh menggajikan 10 orang perkerja dan diantara ciri lainya adalah mempunyai cawangan perniagaan dan berkebolehan menghasilakan produk-produk baru. Contohnya, perniagaan berkonsepkan Franchise

iv.                 Pertumbuhan Agresif :  Perniagaan jenis ini biasanya berpotensi menghasilkan, mengeluarkan produk-produk di pasaran secara agresif mengikut perubahan trend-trend kehupan semasa. Sebagai contoh Perniagaan yang menghasilkan produk berteknolgi seperti peralatan perubatan dan sebagainya. 

Apa itu Rancangan Perniagaan (RP) ?

Pelbagai tafsiran dan definisi yang dihujahkan sebelum ini barangkali oleh Usahawan, para akademik dan sebagainya. Tetapi secara mudahnya Rancangan Perniagaan ini secara mudah untuk difahami ialah sebuah pelan induk bagi menunjukkan langkah-langkah seseorang bakal usahawan itu dalam memulakan sesebuah perniagaan yang mana didalam RP ini sendiri mengandungi beberapa unsur yang penting dan mengandungi maklumat yang terperinci seperti sebuah analisa, ramalan mahupun strategi yang digunakan dalam mengembangkan perniagaan tersebut.


Terdapat dua prima asas dalam menyediakan sebuah RP itu iaitu melalui faktor luaran dan dalaman. Faktor Dalaman ini adalah bertujuan bagi memperoleh sebuah pasukan pengurusan untuk bekerja bersama dalam membangunkan perniagaan yang diceburi. Manakala faktor luaran pula tidak lain adalah bagi menarik minat mahupun berkomunikasi dengan pihak luar sebagai contoh pihak bank dan bakal pelabur dalam proses memberi bantuan pembiayaan, menambah modal dan sebagainya.

Oleh yang demikian, melalui pemahaman penulis sendiri, secara ringkas antara tujuan dan matlamat utama sebuah RP itu disediakan adalah :

i.                     Sebagai garis panduan, kawalan dalam menguruskan sebuah perniagaan.
ii.                    Sebagai pemudah-kaji mahupun menilai prestasi sesebuah perniagaan.
iii.                  Menarik minat dan menyakinkan pihak luar.


Didalam proses merangka mahupun membina sebuah Rancangan Perniagaan ini, Pengelanan sesebuah deskripsi Rancangan Perniagaan amat diperlukan. Deskrispi ini mengandungi elemen-elemen seperti berikut :


i.                   Muka hadapan/kandungan RP : Secara ringkas elemen ini menghuraikan berkenaan nama syarikat, butiran syarikat seperti alamat, emel, logo dan nombor untuk dihubungi.

ii.                   Ringkasan Eksekutif (RE) : Dengan erti kata lain, ia boleh juga ditafsirkan sebagai rumusan keseluruhan sebuah RP itu yang mana biasanya kandungan mahupun butiran Re ini biasanya tidak melebihi 2 muka surat. Antara unsur-unsur yang perlu diambil perhatian dalam bahagian RE ini adalah seperti :

a.       Tujuan Penubuhan : Ini bagi menyatakan apakah yang hendak dicapai oleh seseorang peniaga/usahawan bagi perniagaan itu untuk jangka masa yang tertentu

b.      Definisi Sebuah Perniagaan Itu : Ini bagi menjelaskan berkenaan perniagaan dan sasaran pasaran produk serta mendeskripsi mahupun menyatakan perbezaan mahupun perbandingan dengan produk pesaing.

c.     Pandangan Menyeluruh Berkenaan Perniagaan Yang Diceburi :  Memmberikan gambaran awal yang boleh menonjolkan, mengetengahkan segala kekuatan perniagaan tersebut bagi menyakinkan pihak luar.

d.      Keperluan Kewangan : Menyatakan sumber kewangan(pinjaman/pembiayaan) samada pengeluaran modal sendiri ataupun pemerolehan dana dari pihak luar yang mana ia perlu dispesifikasikan secara telus dan benar selain menyatakan juga ramalan perbelanjaan/pengurusan kewangan untuk tiga tahun pertama dan perlu dihuraikan juga apakah jenis pelaburan yang dijalankan.

e.       Ciri-Ciri Perniagaan Tersebut :  Menghuraikan ciri-ciri perniagaan daripada perpekstif bakal pelanggan yang mana ia mungkin boleh diperolehi melalui proses tinjauan dan sebagainya bagi menunjukan kelebihan dan kekuatan perniagaan yang diceburi

f.       Pertumbuhan/Ramalan Berkenaan Perniagaan Tersebut : Menghuraikan maklumat berkenaan operasi syarikat yang dijalankan dan memberi penerangan berkenaan langkah-langkah dalam mencapai sesebuah matlamat tersebut.



iii.                 Deskripsi Syarikat : Menghuraikan secara ringkas berkenaan sejarah penubuhan syarikat, misi syarikat, produk/perkhidmatan yang ditawarkan, status terkini perniagaan tersebut dan statatus pemilikan dan perundangan(Persendirian, Berhad, Perkongsian dll)

iv.                Memilih Nama Syarikat : Pemilihan nama syarikat ini juga berhubung kait dengan “Legal Issues”. Apa itu “Legal Issues” Fikirkan ia.

 Gambar Sekadar Hiasan : Ringkasan Eksekutif


Akhir Kalam : Segala Komen, Pembetulan Fakta Penulisan mahupun penambahan idead dan maklumat dalam ruangan perkongsian ini amat dialu-alukan.

Sumber Gambar : Enjin Carian Google

Sumber Penulisan

Perbincangan dalam kelas/kuliah kursus BPME 2043 Rancangan Perniagaan, UUM  

Preparing Effective Business Plans - An Entrepreneurial Approach. Bruce R. Baringger, Ph.D, (Department of Management, University of Central Florida, Prentice Hall 2008)

Pengurusan Strategi. zainal Abidin Mohamed (Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd,1994)







1 comment: