“Tanpa agama manusia binasa,
Tanpa ilmu manusia buta,
Tanpa Iman manusia sengsara
Tanpa ukhwah manusia terseksa”
Demikianlah, sedikit sebanyak serungkap kata permulaan bagi “entry” kali ini. Lirik lagu yang bertajuk “Tanpa Agama” yang dinyayikan oleh kumpulan nasyid Raihan menjadi pembuka minda kita untuk kali ini untuk sama-sama kita berfikir sejenak, mengimbau perilaku diri dan mengenang diri kita. Allahuakbar, penulis tidak dapat membayangkan sekiranya manusia ini hidup tanpa akidah mahupun pegangan agama yang satu. Barangkali kita mungkin akan berada di zaman pemerintahan yang zalim iaitu Firaun yang penuh keangkuhan sehingga sanggup menggelarkan dirinya sebagai Tuhan.
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)
dari kesesatan (kufur)..." Surah al-Baqarah 2:256
Tanpa Agama Manusia Binasa
Percayalah tanpa agama manusia akan binasa, jika tidak ada asas akidah yang kukuh, keimanan tegar dengan berpaksikan roh agama yang satu serta mentauhidkan ALLAH iaini Tuhan yang satu. Hidup manusia akan menjadi haru biru, tiada arah tujuan, malalui rona kehidupan dengan penuh kejahilan, melakukan perkara-perkara sesuka hati tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku dan menimpa diri mereka sendiri. Dengan wujudnya agama, ia menjadi panduan dan penyuluh hidup bagi manusia di muka bumi. Apakah panduan itu!. Fikirkan sendiri
Kembalilah kepada Fitrah kita iaini Islam
Pada zaman keangkuhan Firaun, Allah mengutusakan nabi Musa a.s untuk berdakwah membawa peringatan kepada Firaun yang penuh keangkuhan diri, hati yang sudah ditutupi, seraya itu dengan penuh kesombongan menolak ajaran nabi Musa a.s sehingga wujudnya perancangan untuk membunuh baginda. Kuasa ALLAH swt, perancangan mereka tidak berjaya dan digagalkan oleh ALLAH swt, nabi Musa terselamat bersama kaumnya yang setia manakala Firaun dan pengikutnya menerima bencana dan bala dari ALLAH swt diatas kesombongan mereka ini kerna menolak ajaran nabi musa a.s. Pelbagai lagi kisah-kisah para rasul dan anbia termasuklah Rasul junjungan mulia iaini Muhammad saw yang bersungguh-sungguh, mengorbankan perjalanan kehidupan mereka sebagai manusia biasa seperti kita, membawa sinar dan harapan untuk umat mereka supaya mana hidup umat mereka ini tidak terus berada didalam kebinasaan dan kegelapan hidup.
Bagi umat Islam, umat akhir zaman, kita mendapat panduan dan pegangan kita yang menjadi peninggalan dan warisan nabi ALLAH Muhammad saw, sebagai penyuluh hidup, penyelamat diri dari kehidupan yang sia-sia dan penuh dengan tipu daya duniawi yang menjadi tempat peninggalan sementara di muka bumi ini. Tiada agama yang diterima ALLAH melainkan Islam. Harus juga diingat, Nabi berpesan juga kepada kita yang mana kita tidak akan sesat dan terpesong arah kehidupan seandainya kita berpegang pada kitab al-Quran dan sunnah Baginda saw.
"Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah. dan kepada Rasul-Nya serta kepada perancangan cahaya al-Qur'an - yang Kami turunkan, Dan ingatlah, Allah Amat mendalam pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan." Surah al-Taghabuun 64:8
Sesunggah Deen di sisi ALLAH hanyalah ISLAM
Oleh yang demikian, dalam kehidupan ini, manusia memerlukan penyuluh hidup sebagai panduan dalam menongkah arus kehidupan dimuka bumi ini yang mana ia berasaskan kepada iktiqad seseorang kepada Pencipta yang tiada perbandingan kuasaNYA. Akidah Islam menjadi pengatur cara kehidupan kita yang mana ada perumpamaan yang menyebut
“Akidah ini ibarat akar tunjang pada sebatang pokok, apabila akarnya kuat maka pohon itu akan tetap teguh sekalipun dilanda dengan ribut taufan yang sangat kencang dan kuat...”
Apa itu akidah ?
Barangkali para pembaca sekalian lebih arif dan memahaminya lebih dari diri penulis sendiri, tapi hakikat manusia ini seharusnya saling ingat mengingati antara satu sama lain sejajar dengan perintah ALLAH swt di dalam al-Quran dan disamping ajaran Baginda Muhammad saw, penulis ingin memperingati diri penulis sendiri yang Imannya masih lagi rapuh, keluar masuk dan penuh dengan dosa dan sebagainya, mudah-mudahan ALLAH mengampuni dosa diatas perbuatan kita selama mana kita hidup dimuka bumi ini, Insya ALLAH. Asbab menjadikan medium blogger ataupun ruangan maya ini sebagai pentas untuk kita untuk menyampaikan sesuatu yang baik dan berguna bukan sahaja untuk diri kita malah untuk orang lain.
Ibnu Taimiyah mendefiniskan akidah ini sebagai perkara yang dibenarkan oleh jiwa, malah hati menjadi kian tenang dengan perkara tersebut yang mana beroleh keyakinan para ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. Manakala Imam Ghazali pula menyatakan akidah ini sebagai berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan.
Dalam konteks akidah ini kita dapat memahami ia merupakan sebuah kepercayaan yang utuh lagi tebal yang terbenam di dalam jiwa malah dengan wujudnya keyakinan diatas pegangan seseorang itu, maka tidak timbul perasaan syak-wasangka, was-was mahupun keraguan yang menjadi aspek keteguhan dalam nilai kehidupan seseorang itu.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayal-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
Surah al-Anfaal 8:2
Jesteru itu, apabila pegangan yang benar dan betul yang menjadi panduan kehidupan manusia, manusia itu sendiri akan merasa lebih tenang jiwanya serta yakin akan peganganya. Ini terhasil dengan cahaya Islam yang datangnya dari Pemilik dan Pencipta manusia itu sendiri iaini ALLAH swt dan diperkukuhkan dengan dalil yang pasti dan benar dari baginda Muhammad saw iaini bersumberkan al-Quran dan sunnah Baginda saw.
Penulis menyeru, agar kita sama-sama menilai balik, menghisab diri kita selagi mana kita diberi peluang olehNya untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang mana kita tidak mengetahui bila tibanya akan kematian kita, bila tibanya akan hari penghujung dunia iaini akhirat. Akar umbi permasalahan umat masa kini adalah keteguhan akidahnya, oleh kerana mehnah kehidupan yang gagal dikawal dan diperbetulkan, makanya banyaklah berlaku perkara-perkara yang membutakan hati manusia itu sendiri, penyelewangan, salah laku moral anak muda Islam, kerakusan hati dan jiwa yang penuh dipengaruhi nafsu yang durjana selain usaha syaitan yang terus menghasut manusia ke lembah kegelapan hidup dan sebagainya.
Manusia membiarkan minda mereka terus dijajah oleh sihir media-media barat dengan amal budaya yang menjauhkan manusia dari terus mengingati Tuhan mereka, lalai dalam tindak tanduk dan perilaku mereka, oleh kerana itu,,, mereka si kafir durjana ini mengambil kesempatan dari kelalaian kita. Hanya tinggal sahaja bagi mereka menghimpunkan kita ini dengan memperkotak katikan iman kita, akidah kita sebelum kedatangan tuan mereka iaini Dajjal di akhir zaman nanti. Persoalannya, sudahkan kita bersedia menghadapinya dengan akidah yang sedemikian rupa. Allahuakbar, penulis memperingati dirinya sendiri agar kita kembali kepada fitrah kita iaini Islam yang penuh bercahaya.
Ayuh kita tingkatkan amal kita, mintalah kekuatan dari ALLAH agar Iman kita dipelihara olehNya, hati kita hanya dikuasai ALLAH swt dengan cahaya hidayah dan petunjukNya. Moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan keizinan dan kekuatan dari ALLAH swt. Bersyukurlah kita kerna dilahirkan di dalam Islam, bayangkan bagaimana kehidupan manusia ini tanpa agama, kebinasaan pasti menjadi sebuah kabus yang menyelebungi dan membinasakan diri sendiri ... wallahualam
Akhir Kalam : Kredit untuk penulis sendiri
No comments:
Post a Comment