Sekadar Hiasan
Selepas habis belajaq mengaji dengan
atuknya... Aiman terus sahaja membuka persoalan terhadap atuknya...
Aiman : “ atuk... Aiman nak tanya
sesuatu boleh tak atuk”...
Atuk : “ Hurm... boleh Aiman...
silakanlah...”
Aiman : “ Atuk selalu cakap kalau
kita baca al-Qur’an... hati kita akan bertambah bersihkan atuk”
Atuk : “Insha Allah Aiman... betul...
kenapa Aiman tanya macam tu kat Atuk...”
Aiman : “ alah atuk ni, Aiman saja je
tanya... cuma kan atuk, ,,,”
Atuk : “ Cuma apa tu Aiman”..
Aiman : “ macam mana dengan membaca
al Qur’an tu boleh menyucikan hati kita ya atuk”...
Uhuk uhuk... (suara atuk terbatuk)....
agak keras juga batuknya itu...
Aiman : “ atuk sakit ke... atuk nak
Aiman ambilkan air ka...”
Atuk : “ hurm... baguih.. cucu atuk
ni... boleh juga Aiman... hurm tapi jangan ambil air kat dapuq tu ya...Aiman pergi
kat bawah berandar... kat situ Aiman cari ada bekas mangkuk arang yang bocoq,,,
Aiman ambil...mangkuk tu ya...”
Aiman : “ atuk ni makan arang ke...
atau cara atuk nak rawat batuk... kena guna arang”
Atuk : ... (sambil ketawa) ...” tidak
Aiman... Aiman ambil bekas mangkuk arang tu,,, Aiman pergi ambil Air kat tepi
sungai sebelah rumah kita ni,,, Aiman bawa kat atuk boleh...”
Aiman : “hurm baik atuk... atuk
tunggu ya..”
Aiman terus sahaja pergi ke bawah
berandar untuk mencari mangkuk (bekas tempat arang) tersebut... meletak arang
ke tempat lain dan terus membawa bekas arang yang bocor itu ke sungai untuk
mengambil air...
Selepas isian air sungai yang
pertama... Aiman terus sahaja membawa air tersebut ke rumah... sampai sahaja di
hadapan atuknya... airnya tiada... Aiman pergi kembali mengisi Air sungai
sekali lagi kedalam bekas itu dan balik semula ke tempat atuknya... sama
juga,,, bekas itu menjadi kosong.... kali ketiga aiman lakukan perkara yang
sama... sampai sahaja di tempat atuknya... airnya sudah tiada... Aiman mengeluh
dihadapan atuknya...
Aiman : “ alah atuk... apa ni...
aiman guna bekas yang lainlah...”
Atuk : (sambil tersenyum melihat
gelagat cucunya itu”... Aiman... sebenaqnya... ada sebab atuk buat begini...
Aiman : “ atuk ni saja je tau..kita
risaukan dia”...
Atuk : “ baik Aiman... kali pertama Aiman
tengok bekas ni pasti hitam kan.. kesan daripada arang tu... yelahkan nama pun
bekas arang... Aiman perasan tak bila kali pertama , kedua dan ketiga aiman
guna bekas tu untuk ambil air..”
Aiman mencelah...
Aiman : “Aiman perasan tuk,,, sedikit
demi sedikit kesan arang itu hilang....”
Atuk : “ hurm... itulah tamsilan yang
boleh atuk bagitahu kat sini... macam hati kita... kalau kita baca al Qur’an...
lama kelamaan hati kita akan bertambah bersih Aiman ... Insha Allah... Yakinlah
pada Allah... dan biarlah bacaan kita ke atau amalan membaca al Qur’an ini kita
niat ikhlas kerana Allah... kerna pasti lama kelamaan ianya akan menyucikan
hati kita... dan menenangkan hati kita... Insha Allah...”
No comments:
Post a Comment