Sekadar Hiasan
Pada suatu hari dalam satu sesi
motivasi ibu bapa bersama pelajar….Penceramah telah memanggil sepasang ibu dan anak untuk tampil ke hadapan.
Penceramah : Baik sidang hadirin,
pertama sekali saya ingin meminta para hadirin untuk memberi tumpuan akan apa
yang saya akan lakukan sebentar nanti. Terima kasih juga kepada puan kerana
sudi bekerjasama dengan saya untuk sesi aktiviti ini... terima kasih ya puan...
hurm... mungkin puan boleh kongsikan
sedikit maklumat peribadi puan dan anak puan... bagi nama puan dan anak puan
Makcik : hurm nama saya Puan
Rahimah... dan ini anak saya Mohammad Alexender Haikal Bin Mohammad Kadir.
Pencermah : Huh... panjangnya nama,,,
maksud nama tu apa kak
Makcik :.... sambil ketawa... tak
tahulah akak...
Penceramah : Okei... Haikal tingkatan
lima ke tingkatan 3
Haikal : tingkatan lima cikgu...
Pencermah : Baik... Haikal, saya mahu
kamu berdiri di sebelah saya.. disini,,, dan minta buka beg saya tu Haikal,,,
dan kongsikan bersama rakan-rakan kita di dalam dewan ni
Haikal : Subhanallah... duit cikgu...
Penceramah : ya benar duit... dalam
beg saya ini ada $ 10 juta U.S
Seluruh dewan menjadi bising... dan ibu bapa serta pelajar juga tertanya-tanya samada duit yang berada di
dalam beg penceramah tersebut betul ataupun tidak...
Penceramah menyambung terus sesi
beliau...
Penceramah : Baik kak Rahimah,,,
sekarang ni anak akak berada disebelah saya,,,
saya bagi akak $ 1000 U.S kemudian,,, akak bagi Haikal pada saya...
boleh
Makcik : saya tak mahu
Penceramah : Baik saya bayar akak $
10,000 ... mahu
Makcik : saya tak mahu
Penceramah : baik saya bagi akak $
100,000... pejam mata sahaja lepas tu akak serah Haikal pada saya...
Makcik : Saya tak mahu
Pencermah : Baik... andai 1 Juta
bagaimana kak
Makcik : Geleng kepala
Perkara tersebut berlanjutan sehingga
ke $ 10 Juta U.S ....
Penceramah : Baik kak... 10 Juta
Makcik : sambil mengeluarkan air
mata.... baiklah tuan... kalau tuan mahu anak saya... tuan ambillah NYAWA
saya... saya sayang anak saya...tuan
Penceramah tersebut hampir sahaja
menitiskan air mata... mendengar jawapan terkahir dari ibu Haikal... baginya
objektifnya untuk mendengar jawapan terakhir dari seorang ibu kepada pelajar
ini tercapai...
Penceramah menyerahkan anak tersebut
kepada ibunya kembali... dan menyampaikan sesuatu pada Haikal dan sidang
pendengar...
Penceramah : baik, Haikal,,, awak dah
dengar penjelasan ibu awak tadi... bagi dia,,, awak ini sangat berharga...
tidak terhitung nilai awak... saya pasti kalau saya serahkan 1 isi dunia ini sekalipun
pada ibu awak,,, pasti dia tidak akan menjualkan awak kepada saya... peluklah
ibu awak,,, hargailah dia... dan sayangilah dia...jangan derhaka kepadanya...
No comments:
Post a Comment