Thursday, January 5, 2012

Alam Peperiksaan : Lulus Atau Gagal



Hari ini, setiap orang khususnya mereka yang sedang, atau akan menduduki alam peperiksaan baik mereka yang masih bergelar murid, pelajar, mahasiswa atau sesiapa sahaja  mempunyai pilihan samada ingin lulus atau gagal, ingin cemerlang  atau sebaliknya.

Biasanya seorang yang cemerlang dalam konteks peperiksaan dilihat pada grednya, bilangan A nya begitu juga sebaliknya. Sekiranya istilah ini digunakan, makanya aku bukanlah orang yang cemerlang dalam peperiksaan . Amat jauh sekali

Dalam alam peperiksaan, tidak semua akan lulus dengan cemerlang, tidak semua akan lulus setakat lulus dan tidak pula semuanya gagal atau tidak cemerlang dalam peperiksaan. Nisbah lulus atau gagal ini, dipengaruhi oleh beberapa pemboleh ubah seperti daya usaha, ketekunan, keyakinan, atau sebagainya.



Sekiranya mereka yang lulus dengan cemerlang akan sesuatu subjek, mereka pasti gembira, suka, bersyukur dan sebagainya. Saya pasti anda juga begitu walhal saya pasti hanya orang gila dan kurang siuman sahaja apabila dia lulus dengan cemerlang  dalam sesuatu peperiksaan akan mengambil tindakan yang tidak bermoral seperti membunuh diri, terjun dari bangunan lima tingkat tanpa ada sokongan apa jua peralatan untuk menyelamatkan diri dari kematian.

Bagi mereka yang gagal, bagaimana pula rasanya, izinkan saya bertanya akan beberapa perkara. Adakah anda pernah gagal dalam peperiksaan !, sekiranya pernah, apa perasaan anda, sila jawab sendiri. Adakah juga anda pernah melihat rakan-rakan anda yang gagal dalam peperiksaan mereka, rasanya, adakah anda mampu menyelami perasaan mereka. Kalau anda mampu anda memang seorang yang hebat. Pada pandangan anda juga kenapa rasanya anda gagal, atau sesiapa sahajalah. Barangkali ada yang menjawab seperti ini :

 “ Usaha aku tidak cukup rasanya” , “ Hurm main lagi, kan dah jadi macam ini” dan bermacam-macam lagi yang akan anda monologkan dalam diri anda. 

Tidak semua orang yang cemerlang itu mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ketika mana masih menuntut ilmu, ada orang ketika di peringkat sekolah rendah dan menengah memang dia dikategorikan sebagai pelajar cemerlang, mendapat A penuh dalam semua matapelajaran yang di ambil. Tetapi di peringkat universiti, kecemerlangan ini tidak berjaya dikekalkan malah ada yang gagal semasa di universiti, ada juga yang hanya menjadi seorang graduan yang biasa sahaja. Kenapa hal ini berlaku !, saya cuba membawa kepada satu analogi :

“ Di sebuah lautan yang luas, kelibat sebuah kapal yang karam, dalam kapal itu juga terdapat seorang perenang yang hebat dan beliau juga adalah seorang juara dunia dalam sukan renang.  Semasa kepal itu hendak karam beliau sempat terjun ke dalam lautan tersebut, hasratnya untuk menyelamatkan diri daripada mati lemas tidak kesampaian, kerana apa, kerana dia mati lemas la. Bayangkan seorang perenang yang hebat berenang dan menjadi juara mahupun perenang nombor satu di dunia ini sekalipun boleh jadi akan mati lemas. Kenapa rasanya… sebabnya beliau kekal di situ. Kenapa kekal di situ, ini kerana beliau sendiri tidak berusaha untuk berenang dan menyelamatkan diri.”

Sekalipun anda adalah orang yang pernah cemerlang sewaktu di zaman persekolahan dahulu, belum pasti lagi anda mampu cemerlang di peringkat yang lebih tinggi. ini boleh berlaku seandainya anda tidak berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan itu disamping anda merasakan anda sudah pandai dan mampu mengikuti pembelajaran dengan baik dan cemerlang.

Tidak semua orang yang gagal akan terus gagal. Tidak semua orang yang gagal akan menjadi cemerlang. Nah, tadi kata tidak akan terus gagal lepas itu tidak cemerlang pula. Ialah, sekiranya orang yang gagal itu sedar dan dia bangkit dan belajar dari kegagalannya, barangkali dia akan menjadi cemerlang, ada juga orang yang gagal akan terus gagal, sekiranya dia tidak berganjak dan belajar dari kegagalannya. Mudah bukan. Sekiranya anda pernah gagal akan sesuatu perkara, anda pilihlah yang mana satu. Untuk terus gagal atau sebaliknya.


Tidak semua orang yang cemerlang dalam peperiksaan akan cemerlang dalam kehidupan mereka selepas alam belajar. Tidak semua orang yang gagal dan kurang cemerlang dalam sesuatu peperiksaan akan gagal dalam kehidupan mereka. Markah sesuatu peperiksaan itu hanya akan ditulis, dinyata dan dicetak dalam slip, atau hanya dalam sebuah sijil. Hakikatnya ia hanya sekeping kertas. Dan ia belum pasti menjamin akan kejayaan dalam kehidupan anda.



Pada pandangan saya, dalam alam peperiksaan ini. setiap dari kita pasti melalui akan perkara ini dalam dunia pembelajaran dan peperiksaan. Semoga kita terus menjadi orang yang akan terus berusaha dan berjaya. Walau bagaimanapun, kunci kejayaan kita yang sebenar adalah kecemerlangan kita dalam urusan di akhirat kelak. 

Sekilas pandangan dariku. aku hanya seorang mahasiswa biasa dan aku juga seorang graduan yang biasa sahaja.

Sumber Gambar : Google Picture

1 comment:

  1. :)
    terima kasih kerana mengingatkan ^^
    gagal sekali x bermakna gagal selama-lamanya ..

    ReplyDelete