Sudah sekian lama, mendiamkan
diri dalam menulis di halaman blog peribadiku ini, Alhamdulillah, hari ini
hatiku terbuka untuk berkongsi bersama para sahabat dan pelayar laman blog aku
ini mengenai sebuah kehidupan pelajar atau alam pendidikan yang aku pernah dan sedang
lalui ini. Andai disingkapi kenangan dan pengalaman aku biarpun masih lagi
diberi ruang dan peluang oleh Pencipta Yang Maha Agung Pengetahuannya ini dalam
aku menerokai ilmu ini , terlalu banyak, baik zaman persekolahan, pasca
persekolahan sehinggalah aku berada di zaman mahasiswa ini. Suka aku membawakan
kalian dengan aku membahagikan dunia akedemia kepada tiga zaman yang bagi aku,
setiap zaman barangkali membawa sebuah coretan cerita dan pengalaman yang
berbeza. tiga zaman tersebut adalah zaman sebelum masuk universiti, zaman
politeknik dan zaman universiti.
Zaman Sebelum Masuk Universiti
Zaman ini aku bahagikan kepada dua
fasa iaitu fasa sekolah rendah, dan fasa sekolah menengah
1.
Fasa
Sekolah Rendah
Bagi
rakan-rakan, barangkali andai difikirkan, inilah zaman yang paling
menyeronokkan, zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan, kesedihan,
suka, duka dan sebagainya. Aku seorang murid yang biasa, senang cerita memang
murid yang biasa, tahap pengusaan dalam bidang akademik juga biasa. Aku bukan
tergolong dalam murid yang dikategorikan sebagai seorang murid yang cemerlang
dalam peperiksaan, rajin menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.
Senang cerita,
aku mengakui aku memang seorang murid yang MALAS sangat, sebab itu tidak pandai
seperti kawan-kawanku yang lain. Didenda berdiri atas kerusi, menerima bisa
cubitan di dada, rotan di punggung, owh, itu perkara biasa bagi aku. Dalam kelas,
biasanya aku berada dalam “TOP TEN from BELOW” . UPSR ! Tidak usah di tanya
akan keputusan yang aku dapat, kalian barangkali boleh fikir sendiri. Zaman ini
berlalu dengan begitu sahaja kerna bagi aku, barangkali dalam minda ketika itu,
“ah tak penting lagi”, “main, main dan main” , UPSR dapat “result” teruk,
pandai pula hendak nangis, belajar malas “hehe”.
2.
Fasa
Sekolah Menengah
Aku masuk
sekolah menengah, seingat aku pada awal tahun 1999, sebelum masuk ke sekolah
menengah ini, ibuku sibuk menyediakan dan mencari kelengkapan untuk anak
sulungnya ini, dalam hatiku ini pada waktu ketika awal kemasukan ke alam
menengah ini, ingin membuktikan sesuatu pada ibu ayahku akan kemampuanku, niat
hendak belajar bersungguh-sungguh itu memang ada pada awalnya, barangkali sama
juga seperti kalian. “Fir belajar betul-betul nak”, “Along jangan main-main
ketika belajar”, “belajar betul-betul along, kalau tak nak menyesal di kemudian
hari”, hurm macam- macam lagi kata-kata dari ibu ayahku. Kalau hendak
diceritakan pengorbanan masa dan wang mereka terhadap aku, “ish” memang
banyaklah. Oleh kerana keputusan UPSR aku yang cemerlang itu “hehe”, aku di
tempatkan di dalam kelas “TOP FIVE from Below” dari 10 kelas yang ada. Senang cerita
“midle class” lah. Semasa aku berada di tingkatan satu sehingga tiga, ia lebih
kurang sama sahaja dengan apa yang aku lalui sewaktu zaman sekolah rendah.
Lulus gagal,
turun naik dalam keputusan peperiksaan, kena denda dengan guru seperti cubit,
tampar, rotan dan lain-lain, sekali lagi lumrah bagi diriku ini. Namun
segalanya, benar-benar mengajar aku erti kehidupan, terima kasih guru. Sehinggalah
aku mengambil PMR. Nak tahu berapa yang aku dapat, “hehe” kalian fikir-fikirlah
sendiri. Yang pasti subjek Bahasa Inggeris aku masih “maitan” E. C banyak, D
pun ada. “Fuh” masih lagi aku teringat dengan keputusan begini, aku berangan
nak masuk asrama penuh… “haha” nak ketawa dan menangis aku bila difikirkan
kembali saat itu.
Aku tidak pasti
apa perasaan guru kaunseling yang memberikan aku borang permohonan tersebut.
Barangkali mungkin hendak menjaga hati kawan dia iaitu bapa akulah kan. Tidak apa,
yang penting semangat itu masih ada. Aku juga masih teringat, ibu ayahku
terkaku-kaku dalam memberitahu akan keputusan anak mereka ini, barangkali
mungkin ada perasaan malu, dengan keputusan aku. Tetapi mereka tidak pernah
menyatakannya, lebih-lebih lagi ibuku yang tidak henti-henti berdoa kepada Maha
Pencipta untuk kebaikan anak-anak beliau, lebih-lebih lagi diriku. Hui, memang
tercabar “beb” maklumlah, aku anak sulung, cabaran sangat kuat dalam memberi
contoh teladan yang baik kepada adik-adik.
Habis PMR, aku
masuk tingkatan empat. Aku pernah berhajat, nak masuk aliran sains, “hui”
berangan lagi tu, tapi tidak melepasi kelayakan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah, sebab keputusan Matematik aku “terer” dan “baguSSSI” sangat, disamping
subjek sains aku yang begitu C..emerlang sekali. Aku sanggup buat rayuan,
menghadap GPK HEM sekolah semata-mata menyatakan semangatku ini. Pada waktu itu
aku, masih kurang jelas kenapa aku melakukan sedemikian rupa, “huhu”. Aku ingat
lagi pertanyaan GPK HEM terhadap aku.
“Zhafir, kenapa
awak nak masuk aliran sains nih, cuba awak cerita pada saya” … Tanya cikgu
tersebut.
“Err, saya nak
belajar kimia cikgu”, … jawab aku
“Kenapa awak nak
belajar kimia”… tanya cikgu kembali.
“Saya nak buat
bom, cikgu”, balas aku…
Diam…..Terkesima
cikgu itu barangkali…..
Bual demi bual,
akhirnya keputusan muktamad, aku tak layak masuk aliran sains. Menangis dan
sedih aku, menyesal pun ada saat itu, maka terdetiklah di hati ini, “kenapalah
aku tak belajar betul-betul masa PMR”
Akhirnya aku
ditempatkan dalam kelas akaun, “tak mengapalah fir, kau buktikanlah sesutu pada
SPM nanti” bisik hatiku. Barangkali, Allah hendak menguji aku, barangkali juga
Allah mendengar rintihan hambanya ini. Suatu ketika, Allah timpakan musibah
pada hambanya ini. Aku ditimpa kecelakaan yang mana, aku terlibat dalam
kemalangan motorsikal, “huhu” masuk hospital aku, adalah dalam satu hari,,,
oleh kerana ibuku bekerja sebagai seorang jururawat di hospital berkenaan,
bayaran bolehlah juga ada diskaunnya. Mengikut laporan perubatan yang aku
terima, aku mengalami sedikit keretakan di bahagian tulang ke tengkorak aku tak
pastilah, tapi memnag di bahagian kepala lah.
Aku masih ingat
lagi kata-kata doktor yang merawat aku, “ Tak apa, lepas nih kamu mungkin boleh
jadi pandai ye dik”… Allahukbar, mudah-mudahan ia menjadi sebuah doa dan
menjadi pemangkin semangatku untuk menghadapi peperiksaan SPM pada tahun
hadapan. Alhamdulillah, mungkin ini dengan takdir dan keizinan Allah
barangkali, adalah sedikit perubahan terhadap diriku pada waktu ketika itu,
bolehlah rajin “siki-sikit” nak buat kerja sekolah dan sebagainya, tapi nakal
tu tetap ada “hehe” ponteng , lepak kat “library” dan macam-macam lagilah,
benda jahat itu tetap ada “hehe”.
Usaha demi
usaha, latihan yang tidak pernah jemu serta berkat doa ibu ayahku, SPM aku,
bolehlah baik jugalah bagi aku, tapi masih lagi biasa-biasa sahaja. “takda”lah cemerlang sangat dan bukanlah
dikategorikan sebagai “best student” pun “huhu” untuk SPM. Tapi Alhamdulillah,
bagi aku, ini adalah permulaan untuk aku terus bangkit dan berusaha dalam
menuntut Ilmu Allah yang Maha Luas ini. Ingat, aku ulangi… “aku hanyalah
pelajar yang mendapat keputusan yang biasa-biasa sahaja dalam SPM”. “Upps”,
lupa, Bahasa Inggeris aku “maintain” E lagi “tau” “hehe”
Memori : Tingkatan Empat Permata SMK Dato Onn Batu Pahat. tahun 2002
Habis SPM, aku
masuk sekejap tingkatan enam, fuh aku tengok ada subjek ekonomi, “pergh” tak
boleh belah aku untuk subjek ni, kemudian aku membulatkan tekad untuk
meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan di politeknik, “huhu” nak masuk
matrikulasi tak lepas, sebab bahasa Inggeris aku tidak kredit atau kepujian dan paling penting, aku takda rezeki. “Takpa
Fir, peluang masih ada, jangan patah semangat, buat diploma ni dengan baik,
insya Allah”, bisik hatiku. ~ bersambung
~
No comments:
Post a Comment