Thursday, September 22, 2011

Ambil Masa ... Untuk Bermuhasabah Seketika


 Gambar sekadar hiasan

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyanyang Dan Maha Pengasih, aku memohon keampunan dariMU dan aku bertaubat kepadaMU, limpahkan redha dan rahmatMU kepadaku, keluarga dan para pelayar laman ini. Sesungguhnya, Engkaulah Maha Penerima Taubat dan Memberi Rahmat.

Alhamdulillah, buat entri kali ini, marilah kita mengambil masa sejenak untuk bersama-sama kita  menghisab dan menghitung diri selama mana kita diberi peluang oleh Allah dalam menjalani kehidupan sebagai manusi.a Sedikit pengisian huraian hadith berkenaan empat pertanyaan yang mesti dijawab yang telah diriwayatkan oleh tirmizi demi manfaat dan persediaan dalam menghadap Allah SWT di akhirat kelak. Allah akan bertanyakan kepada kita akan empat perkara :



1.    Sepanjang umur kita, apakah amalan yang kita telah lakukan, adakah kita memanfaatkan umur kita yang panjang ini dengan perkara-perkara yang diperintah dan dituntut oleh Allah Taala ataukah kita melanggar perintah Allah Taala...

2.    Daripada ilmu yang kita perolehi, ada kita sudah memanfaatkannya baik buat diri kita dan orang disekeliling kita. Adakah kita berasa sombong dan takabbur dengan ilmu yang kita ada sehingga lalai dan tidak menyampaikanya pada orang lain.

3. Daripada manakah kita memperolehi sumber harta dan kemana pula ia diagihkan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah atas orang-orang yang beriman. Adakah kita memperolehi harta melalui jalan yang tidak diredhai Allah. Adakah kita telah membelanjakan harta pemberian Allah pada jalan Allah.

4.    Kita telah diberikan nikmat anggota badan yang sempurna daripada Allah Taala, tangan, kaki dan anggota badan yang lain merupakan sebuah nikmat Allah yang sangat besar. Persoalannya disini. Daripada nikmat yang diberikan ini, apakah kita telah melakukan sesuatu perkara yang dilarang Allah mahupun sebaliknya.



Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua akan perihal penting yang akan berlaku ketika mana berada di akhirat kelak. Penulis memohon maaf kepada sekalian pembaca, ayuh kita menghisab diri dan menghitung amalan kita. Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Wallahualam...

Carilah Hikmah Disebalik MUSIBAH


Setiap dari kita langsung akan tidak terlepas dari di uji Allah SWT. Persoalan yang barangkali bermain di minda kita antaranya seperti “ya Allah mengapa aku diuji sebegini” dan berbagai lagi. Umumnya ada juga di antara kita barangkali menganggap musibah itu merupakan sebuah bencana yang besar seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya.

Hakikatnya, musibah tidak hanya pada perkara-perkara yang besar sahaja. Masalah dari perkara-perkara yang kecil juga dikategorikan sebagai musibah. Gagal dalam peperiksaan itu musibah, anak yang dilahirkan dalam keadaan yatim juga musibah, begitu juga dengan kemalangan dan sebagainya.
Allah tidak akan memberi bebanan kepada hambaNya dengan beban yang tidak mampu dipikul oleh kita. Setiap sesuatu musibah PASTI ada hikmahnya, pasti ada tujuan dari Allah yang ingin melihat setiap hambanya merayu, merintih, memohon dan berdoa kepadaNYA. Kerana hanya kepada DIA sahajalah tempat kita menyembah dan hanya kepadaNya jualah tempat kita meminta pertolongan.

Penulis mengingatkan diri penulis sendiri akan hal ini, begitu juga harapannya dengan rakan pelayar blog ini, mudah-mudahan kita akan terus tabah dan sabar dalam menghadapi apa jua ujian dan musibah yang Allah turunkan kepada kita.
Doa itu Senjata Bagi Orang Islam

Penulis tahu, dan kita semua tahu yang mana Allah MENGASIHI DAN MENYANYANGI setiap makhluk-makhlukNYA. Kalau Allah turunkan musibah, samada langsung terus kepada kita mahupun kepada orang lain, maka pasti ada sesuatu yang Allah mahu kita lakukan samada dengan bertaubat, meningkatkan amal ibadah dan berusaha menjadi seorang hamba yang soleh dan solehah. Jadikan musibah yang diterima oleh orang lain sebagai pengajaran dan peringatan buat diri  kita serta jadikan musiabah dan ujian yang menimpa dirimudah-mudahan boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT. Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Amin Ya Rabb

Monday, September 19, 2011

Andai Jatuh.... Berusahalah Untuk Bangun Kembali



Ungkapan seperti “Jangan Berputus Asa”, “Teruskan Usaha Anda”...dan pelbagai lagi ungkapan-ungkapan lain yang digunakan oleh seseorang individu dalam menyakinkan baik dirinya sendiri mahupun para sahabatnya. Malah ungkapan ini sebolehnya juga dijadikan sebagai penawar segala kekecewaan baik datangnya dari kegagalan diri sendiri melalui segenap sudut selagi mana kita masih lagi diberi ruang dan peluang dalam mengharungi norma-norma kehidupan sebagai manusia.

Malah, diri penulis sendiri juga tidak terlepas dari menghadapi kekecewaan, kegagalan, kesedihan dan seumpama dengannya. 



Ya ,kadangkala dengan berkata atau bercakap pada diri sendiri 

...”Insya Allah... aku boleh ...aku tak boleh putus asa ... dan seantero dengannya” memang mudah... bak kata orang juga sebagai penyedap lubang pendengaran, penawar kepada segala perasaan yang menyelubungi diri... tapi hakikatnya, ia belum cukup untuk membangunkan dari selagi mana kita tidak berusaha dalam mempelbaiki segala hal...

Contoh mudah begini, andaikan... anda terjatuh dari sebuah kerusi seperti buah nangka yang busuk yang tidak terpaut pada dahanya lalu jatuh memnghempas permukaan, lalu anda menyatakan “aku boleh bangun kembali”... tapi hakikatnya kita masih lagi terduduk ... Persoalannya kenapa... ia kerana kita tidak berusaha membangunkan diri kita sendiri, bangun dan seterusnya berdiri kembali.


Kata-kata pemangkin harus juga disusuli dengan tindakan iaini usaha yang tidak pernah mengenal jemu... Ianya haruslah seiring, saling memperkuatkan dan bersepadu pergerakannya. Jangan dilupa akan hakikat diri kita sebagai manusia, seorang hamba yang mempunyai Tuhannya, Ingatlah... kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara tanpa keizinan dan pertolongan dariNya. Mohonlah agar diberi kekuatan minda dan hati yang sentiasa tabah dalam mengharungi segala liku-liku kehidupan..Sekadar perkongsian hati...Wallahualam.