Sedang aku
bersama seorang sahabat, yang juga guru di tempat aku bekerja sekarang, sambil
menelaah dan mencari bahan tugasan kami, sahabatku ini yang amat aku hormati
pada sikapnya yang tenang dan merendah diri berkongsi sebuah cerita
denganku....
Kisah seorang raja dan perdana
menteri... (^_^)
Pada suatu
ketika dahulu, dalam sebuah negara yang aman, terdapat seorang perdana menteri
yang sangat tawaduk, sering sahaja beliau melafazkan kalimah Alhamdulillah di atas apa jua perkara
yang beliau hadapi baik susah mahupun senang, baik pada diri atau orang lain...
Nak dijadikan
cerita, pada suatu hari, ketika mana si raja ini sedang menjamu selera dalam
sebuah majlis makan diraja, ketika mana raja ini ingin memotong daging yang
hendak dimakan, baginda telah terpotong salah satu jarinya...
Di suatu tempat yang lain ...
lanjutan cerita yang sama (^...^)
Pengawal : memanda menteri!, ada sebuah berita
yang cukup mengerikan patik yang patik dapat tahu ketika majlis santapan di
raja tadi...
Perdana Menteri : berita ngeri... apa dia pengawal
!
Pengawal : memanda menteri, raja telah terpotong
salah satu jarinya ketika mana baginda sedang makan tadi...
Perdana Menteri : Alhamdulillah.... sambil menarik
nafas
Berita berkenaan
penyataan perdana menteri di atas insiden yang menimpa raja itu telah sampai
kepada raja tersebut. Dipendekkanlah jalan ceritanya, perdana menteri tersebut
telah dipecat atas sebab penyataan yang diberikan oleh beliau,
Raja : memanda menteri sampai hati kamu
mengeluarkan penyataan begitu di atas kejadian yang menimpa beta... dengan ini
kamu di pecat ? ... dengan nada yang sangat marah
Perdana Menteri : Alhamdulillah.... tenang sahaja
perdana menteri ini...
walhal
raja tersebut tidak pernah langsung memikirkan hikmah disebalik kejadian yang
menimpa dirinya... perdana menteri yang baru telah dilantik oleh raja
tersebut...
Sebulan selepas itu...
Si raja
dan perdana menteri yang baru itu pergi berburu di dalam sebuah hutan. sedang
mereka ini sedang berburu, tiba-tiba datang kepada mereka orang asli di hutan
tersebut, mereka ditangkap dan akan dijadikan santapan bagi orang-orang asli
tersebut...
Raja tersebut
menjadi orang pertama yang diikat di sebatang pokok, kulit baginda akan
disiat-siat terlebih dahulu, sebelum dipanggang oleh orang asli...
Ketika mana,
orang asli ini ingin menyiat kulit raja tersebut, ternampak yang jari raja
tersebut terkurang satu... mengikut kepercayaan nenek moyang orang asli
tersebut, sekiranya daging manusia yang hendak dipanggang mahupun dimakan itu tidak cukup sifat atau anggota
badannya, daging itu tidak boleh dimakan, kerana mengikut kepercayaan mereka,
orang-orang asli ini akan ditimpa musibah yang sangat dasyat... di atas sebab
itu, si raja tersebut di lepaskan dan terselamat dari dipanggang dan di makan
oleh orang asli tersebut...
Bagaiman pula dengan nasib si
perdana menteri yang baru itu...
Hurm,
nasib beliau... oleh kerana cukup sifatnya, beliau akhirnya terkorban dalam
kejadian tersebut... tamatlah sudah peristiwa tersebut...
Si raja
itu begitu bersyukur kerana tuhan telah menyelamatkan beliau dari peristiwa
berkenaan, sambil melafazkan kalimah Alhamdulillah
kerana tuhan telah menyelamatkan baginda... seraya baginda berfikir akan hikmah
yang menimpa beliau sebelum ini...
Selang beberapa hari kemudian...
Perdana menteri
yang lama telah dipanggil menghadap baginda untuk proses perlantikan semula
sebagai perdana menteri negara berkenaan... selepas jamuan diraja, baginda
telah mengajak si perdana menteri tersebut untuk bersiar-siar di kawasan
istana...
Sedang dalam bersiar...
Raja : hurm memanda menteri, bolehkan beta
bertanya akan sebuah soalan...
Perdana Menteri : sudah tentu tuanku, silalah...
Raja : mengapa memanda menteri melafazkan
Alhamdulillah ketika mana mendapat berita yang jari beta terputus.
Perdana Menteri : tuanku, setiap sesuatu yang
berlaku pasti ada hikmahnya, baik atau sebaliknya semuanya adalah nikmat dan
ujian Allah pada setiap hambaNya, dan percayalah pasti akan ada perkara
tersurat disebaliknya. Tuanku lihatlah sendiri... oleh kerana tuanku telah
terputus jari, tuanku telah terlepas dari menjadi makanan orang asli
berkenaan... walau bagaimanapun, syukurlah kerana tuanku selamat..
Alhamdulillah...
Raja : ya benar, memanda menteri, hurm ada satu
lagi soalan...
Perdana Menteri : ya silakan tuanku...
Raja : mengapa memanda menteri masih juga
melafazkan Alhamdulillah sewaktu beta memecat kamu, tidakkah itu sebuah perkara
yang mendukacitakan...
Perdana Menteri : sambil tersenyum...seraya
berkata,,, seperti yang patik katakan tadi tuanku... setiap sesuatu perkara
pasti ada hikmahnya,,, patik percaya yang Tuhan ada perancanganNya sendiri
dalam mengatur kehidupan seseorang... cuba tuanku bayangkan, kalaulah patik
tidak dipecat, pasti patiklah yang akan menjadi habuan orang asli berkenaan...
syukurlah Alhamdulillah...
Wallahualam...
(^_^)
No comments:
Post a Comment