Wednesday, May 23, 2012

Alhamdulillah...dalam apa jua cara


Sedang aku bersama seorang sahabat, yang juga guru di tempat aku bekerja sekarang, sambil menelaah dan mencari bahan tugasan kami, sahabatku ini yang amat aku hormati pada sikapnya yang tenang dan merendah diri berkongsi sebuah cerita denganku....

                Kisah seorang raja dan perdana menteri... (^_^)

Pada suatu ketika dahulu, dalam sebuah negara yang aman, terdapat seorang perdana menteri yang sangat tawaduk, sering sahaja beliau melafazkan kalimah Alhamdulillah di atas apa jua perkara yang beliau hadapi baik susah mahupun senang, baik pada diri atau orang lain...

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, ketika mana si raja ini sedang menjamu selera dalam sebuah majlis makan diraja, ketika mana raja ini ingin memotong daging yang hendak dimakan, baginda telah terpotong salah satu jarinya...

                Di suatu tempat yang lain ... lanjutan cerita yang sama (^...^)

Pengawal : memanda menteri!, ada sebuah berita yang cukup mengerikan patik yang patik dapat tahu ketika majlis santapan di raja tadi...
Perdana Menteri : berita ngeri... apa dia pengawal !
Pengawal : memanda menteri, raja telah terpotong salah satu jarinya ketika mana baginda sedang makan tadi...
Perdana Menteri : Alhamdulillah.... sambil menarik nafas

Berita berkenaan penyataan perdana menteri di atas insiden yang menimpa raja itu telah sampai kepada raja tersebut. Dipendekkanlah jalan ceritanya, perdana menteri tersebut telah dipecat atas sebab penyataan yang diberikan oleh beliau,



Raja : memanda menteri sampai hati kamu mengeluarkan penyataan begitu di atas kejadian yang menimpa beta... dengan ini kamu di pecat ? ... dengan nada yang sangat marah
Perdana Menteri : Alhamdulillah.... tenang sahaja perdana menteri ini...

walhal raja tersebut tidak pernah langsung memikirkan hikmah disebalik kejadian yang menimpa dirinya... perdana menteri yang baru telah dilantik oleh raja tersebut...

                Sebulan selepas itu...

Si raja dan perdana menteri yang baru itu pergi berburu di dalam sebuah hutan. sedang mereka ini sedang berburu, tiba-tiba datang kepada mereka orang asli di hutan tersebut, mereka ditangkap dan akan dijadikan santapan bagi orang-orang asli tersebut...

Raja tersebut menjadi orang pertama yang diikat di sebatang pokok, kulit baginda akan disiat-siat terlebih dahulu, sebelum dipanggang oleh orang asli...

Ketika mana, orang asli ini ingin menyiat kulit raja tersebut, ternampak yang jari raja tersebut terkurang satu... mengikut kepercayaan nenek moyang orang asli tersebut, sekiranya daging manusia yang hendak dipanggang mahupun  dimakan itu tidak cukup sifat atau anggota badannya, daging itu tidak boleh dimakan, kerana mengikut kepercayaan mereka, orang-orang asli ini akan ditimpa musibah yang sangat dasyat... di atas sebab itu, si raja tersebut di lepaskan dan terselamat dari dipanggang dan di makan oleh orang asli tersebut...

                Bagaiman pula dengan nasib si perdana menteri yang baru itu...

Hurm, nasib beliau... oleh kerana cukup sifatnya, beliau akhirnya terkorban dalam kejadian tersebut... tamatlah sudah peristiwa tersebut...

Si raja itu begitu bersyukur kerana tuhan telah menyelamatkan beliau dari peristiwa berkenaan, sambil melafazkan kalimah Alhamdulillah kerana tuhan telah menyelamatkan baginda... seraya baginda berfikir akan hikmah yang menimpa beliau sebelum ini...

                Selang beberapa hari kemudian...

Perdana menteri yang lama telah dipanggil menghadap baginda untuk proses perlantikan semula sebagai perdana menteri negara berkenaan... selepas jamuan diraja, baginda telah mengajak si perdana menteri tersebut untuk bersiar-siar di kawasan istana...

                Sedang dalam bersiar...

Raja : hurm memanda menteri, bolehkan beta bertanya akan sebuah soalan...
Perdana Menteri : sudah tentu tuanku, silalah...
Raja : mengapa memanda menteri melafazkan Alhamdulillah ketika mana mendapat berita yang jari beta terputus.
Perdana Menteri : tuanku, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya, baik atau sebaliknya semuanya adalah nikmat dan ujian Allah pada setiap hambaNya, dan percayalah pasti akan ada perkara tersurat disebaliknya. Tuanku lihatlah sendiri... oleh kerana tuanku telah terputus jari, tuanku telah terlepas dari menjadi makanan orang asli berkenaan... walau bagaimanapun, syukurlah kerana tuanku selamat.. Alhamdulillah...
Raja : ya benar, memanda menteri, hurm ada satu lagi soalan...
Perdana Menteri : ya silakan tuanku...
Raja : mengapa memanda menteri masih juga melafazkan Alhamdulillah sewaktu beta memecat kamu, tidakkah itu sebuah perkara yang mendukacitakan...
Perdana Menteri : sambil tersenyum...seraya berkata,,, seperti yang patik katakan tadi tuanku... setiap sesuatu perkara pasti ada hikmahnya,,, patik percaya yang Tuhan ada perancanganNya sendiri dalam mengatur kehidupan seseorang... cuba tuanku bayangkan, kalaulah patik tidak dipecat, pasti patiklah yang akan menjadi habuan orang asli berkenaan... syukurlah Alhamdulillah...

Wallahualam... (^_^)

Bersangka Baiklah.... (^_^)


Dalam sebuah kisah, ketika mana Ibnu Abbas sedang mengembara di sebuah padang pasir, beliau terserempak dengan seorang lelaki yang berkaki ayam dan tidak menutup kepalanya atau tidak langsung menggambarkan pemakaian orang-orang Arab pada waktu ketika itu. Lelaki tersebut langsung juga tidak membawa beg dalam perjalanan beliau...

“bagaimana dia ni, tidakkah dia sembahyang?’’... bisik hati Ibnu Abbas tanda kehairanan,

Lelaki tersebut seolah-olah mengetahui bahawasanya Ibnu Abbas menyatakan sesuatu di dalam hatinya, langsung memandang wajah Ibnu Abbas dengan dengan tajam seraya membaca sepotong ayat al-Qur’an

“Tuhan mengetahui apa yang kamu katakan di dalam hati kamu, oleh itu takutlah kepada TuhanMu”

Nah, mendengar ayat tersebut, Ibnu Abbas terus pengsan, bila mana beliau tersedar  langsung beliau menadah tangan dan memohon ampun kepada Allah disebabkan memandang rendah kepada lelaki tersebut. Ibnu Abbas meneruskan perjalananya semula

Dalam sambungan perjalannya, beliau terserempak lagi dengan lelaki tersebut,,, Ibnu Abbas memandang lelaki tersebut dengan perasaan takut dan gentar. Sekali lagi seolah-olah lelaki tersebut boleh membaca apa yang tersemat di hati Ibnu Abbas sambil membaca lagi sepotong lagi ayat al-Qur’an...

“ Tuhanlah yang menerima taubat dan penyeselan setiap hambaNya dan mengampuni segala dosa mereka”

Selepas mendengar kalamullah yang dibaca lelaki tersebut, tiba-tiba lelaki tersebut hilang dari pandangan Ibnu Abbas. Dan semenjak peristiwa tersebut, Ibnu Abbas tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu...

Ingat Pesan Rasul SAW ... “Bersangka baik itu sebaik-baik ibadah kepada Allah SWT”... wallahualam

Sumber : o(^ _ ^)o

Ainol Khusyairi Radzi (2007). Cerita-Cerita Motivasi UNTUK Iman. PTS Millennia Sdn. Bhd