Hari ini, setiap orang khususnya
mereka yang sedang, atau akan menduduki alam peperiksaan baik mereka yang masih
bergelar murid, pelajar, mahasiswa atau sesiapa sahaja mempunyai pilihan samada ingin lulus atau
gagal, ingin cemerlang atau sebaliknya.
Biasanya seorang yang cemerlang dalam konteks peperiksaan dilihat pada grednya, bilangan A nya begitu juga sebaliknya. Sekiranya istilah ini digunakan, makanya aku bukanlah orang yang cemerlang dalam peperiksaan . Amat jauh sekali
Dalam alam peperiksaan,
tidak semua akan lulus dengan cemerlang, tidak semua akan lulus setakat lulus
dan tidak pula semuanya gagal atau tidak cemerlang dalam peperiksaan. Nisbah
lulus atau gagal ini, dipengaruhi oleh beberapa pemboleh ubah seperti daya
usaha, ketekunan, keyakinan, atau sebagainya.
Sekiranya mereka yang lulus
dengan cemerlang akan sesuatu subjek, mereka pasti gembira, suka, bersyukur dan
sebagainya. Saya pasti anda juga begitu walhal saya pasti hanya orang gila dan
kurang siuman sahaja apabila dia lulus dengan cemerlang dalam sesuatu peperiksaan akan mengambil
tindakan yang tidak bermoral seperti membunuh diri, terjun dari bangunan lima
tingkat tanpa ada sokongan apa jua peralatan untuk menyelamatkan diri dari
kematian.
Bagi mereka yang gagal, bagaimana
pula rasanya, izinkan saya bertanya akan beberapa perkara. Adakah anda pernah
gagal dalam peperiksaan !, sekiranya pernah, apa perasaan anda, sila jawab
sendiri. Adakah juga anda pernah melihat rakan-rakan anda yang gagal dalam
peperiksaan mereka, rasanya, adakah anda mampu menyelami perasaan mereka. Kalau
anda mampu anda memang seorang yang hebat. Pada pandangan anda juga kenapa
rasanya anda gagal, atau sesiapa sahajalah. Barangkali ada yang menjawab
seperti ini :
“ Usaha aku tidak cukup rasanya” , “ Hurm main
lagi, kan dah jadi macam ini” dan bermacam-macam lagi yang akan anda monologkan
dalam diri anda.
Tidak semua orang yang cemerlang
itu mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ketika mana masih menuntut ilmu, ada
orang ketika di peringkat sekolah rendah dan menengah memang dia dikategorikan
sebagai pelajar cemerlang, mendapat A penuh dalam semua matapelajaran yang di
ambil. Tetapi di peringkat universiti, kecemerlangan ini tidak berjaya
dikekalkan malah ada yang gagal semasa di universiti, ada juga yang hanya
menjadi seorang graduan yang biasa sahaja. Kenapa hal ini berlaku !, saya cuba
membawa kepada satu analogi :
“ Di sebuah lautan yang luas, kelibat sebuah
kapal yang karam, dalam kapal itu juga terdapat seorang perenang yang hebat dan
beliau juga adalah seorang juara dunia dalam sukan renang. Semasa kepal itu hendak karam beliau sempat
terjun ke dalam lautan tersebut, hasratnya untuk menyelamatkan diri daripada
mati lemas tidak kesampaian, kerana apa, kerana dia mati lemas la. Bayangkan seorang
perenang yang hebat berenang dan menjadi juara mahupun perenang nombor satu di dunia
ini sekalipun boleh jadi akan mati lemas. Kenapa rasanya… sebabnya beliau kekal
di situ. Kenapa kekal di situ, ini kerana beliau sendiri tidak berusaha untuk
berenang dan menyelamatkan diri.”
Sekalipun anda adalah orang yang pernah cemerlang
sewaktu di zaman persekolahan dahulu, belum pasti lagi anda mampu cemerlang di
peringkat yang lebih tinggi. ini boleh berlaku seandainya anda tidak berusaha
untuk mengekalkan kecemerlangan itu disamping anda merasakan anda sudah pandai
dan mampu mengikuti pembelajaran dengan baik dan cemerlang.
Tidak semua orang yang gagal akan terus gagal. Tidak semua
orang yang gagal akan menjadi cemerlang. Nah, tadi kata tidak akan terus gagal
lepas itu tidak cemerlang pula. Ialah, sekiranya orang yang gagal itu sedar dan
dia bangkit dan belajar dari kegagalannya, barangkali dia akan menjadi
cemerlang, ada juga orang yang gagal akan terus gagal, sekiranya dia tidak
berganjak dan belajar dari kegagalannya. Mudah bukan. Sekiranya anda pernah
gagal akan sesuatu perkara, anda pilihlah yang mana satu. Untuk terus gagal
atau sebaliknya.
Tidak semua orang yang cemerlang dalam peperiksaan
akan cemerlang dalam kehidupan mereka selepas alam belajar. Tidak semua orang
yang gagal dan kurang cemerlang dalam sesuatu peperiksaan akan gagal dalam
kehidupan mereka. Markah sesuatu peperiksaan itu hanya akan ditulis, dinyata
dan dicetak dalam slip, atau hanya dalam sebuah sijil. Hakikatnya ia hanya
sekeping kertas. Dan ia belum pasti menjamin akan kejayaan dalam kehidupan
anda.
Pada pandangan saya, dalam alam peperiksaan ini. setiap
dari kita pasti melalui akan perkara ini dalam dunia pembelajaran dan
peperiksaan. Semoga kita terus menjadi orang yang akan terus berusaha dan
berjaya. Walau bagaimanapun, kunci kejayaan kita yang sebenar adalah
kecemerlangan kita dalam urusan di akhirat kelak.
Sekilas pandangan dariku. aku hanya seorang mahasiswa biasa dan aku juga seorang graduan yang biasa sahaja.
Sumber Gambar : Google Picture