Saturday, December 24, 2011

Aku Dan Alam Belajar


Sudah sekian lama, mendiamkan diri dalam menulis di halaman blog peribadiku ini, Alhamdulillah, hari ini hatiku terbuka untuk berkongsi bersama para sahabat dan pelayar laman blog aku ini mengenai sebuah kehidupan pelajar atau alam pendidikan yang aku pernah dan sedang lalui ini. Andai disingkapi kenangan dan pengalaman aku biarpun masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Pencipta Yang Maha Agung Pengetahuannya ini dalam aku menerokai ilmu ini , terlalu banyak, baik zaman persekolahan, pasca persekolahan sehinggalah aku berada di zaman mahasiswa ini. Suka aku membawakan kalian dengan aku membahagikan dunia akedemia kepada tiga zaman yang bagi aku, setiap zaman barangkali membawa sebuah coretan cerita dan pengalaman yang berbeza. tiga zaman tersebut adalah zaman sebelum masuk universiti, zaman politeknik dan zaman universiti.

Zaman Sebelum Masuk Universiti

Zaman ini aku bahagikan kepada dua fasa iaitu fasa sekolah rendah, dan fasa sekolah menengah

1.       Fasa Sekolah Rendah

Bagi rakan-rakan, barangkali andai difikirkan, inilah zaman yang paling menyeronokkan, zaman kanak-kanak yang penuh dengan kegembiraan, kesedihan, suka, duka dan sebagainya. Aku seorang murid yang biasa, senang cerita memang murid yang biasa, tahap pengusaan dalam bidang akademik juga biasa. Aku bukan tergolong dalam murid yang dikategorikan sebagai seorang murid yang cemerlang dalam peperiksaan, rajin menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.

Senang cerita, aku mengakui aku memang seorang murid yang MALAS sangat, sebab itu tidak pandai seperti kawan-kawanku yang lain. Didenda berdiri atas kerusi, menerima bisa cubitan di dada, rotan di punggung, owh, itu perkara biasa bagi aku. Dalam kelas, biasanya aku berada dalam “TOP TEN from BELOW” . UPSR ! Tidak usah di tanya akan keputusan yang aku dapat, kalian barangkali boleh fikir sendiri. Zaman ini berlalu dengan begitu sahaja kerna bagi aku, barangkali dalam minda ketika itu, “ah tak penting lagi”, “main, main dan main” , UPSR dapat “result” teruk, pandai pula hendak nangis, belajar malas “hehe”.

2.       Fasa Sekolah Menengah

Aku masuk sekolah menengah, seingat aku pada awal tahun 1999, sebelum masuk ke sekolah menengah ini, ibuku sibuk menyediakan dan mencari kelengkapan untuk anak sulungnya ini, dalam hatiku ini pada waktu ketika awal kemasukan ke alam menengah ini, ingin membuktikan sesuatu pada ibu ayahku akan kemampuanku, niat hendak belajar bersungguh-sungguh itu memang ada pada awalnya, barangkali sama juga seperti kalian. “Fir belajar betul-betul nak”, “Along jangan main-main ketika belajar”, “belajar betul-betul along, kalau tak nak menyesal di kemudian hari”, hurm macam- macam lagi kata-kata dari ibu ayahku. Kalau hendak diceritakan pengorbanan masa dan wang mereka terhadap aku, “ish” memang banyaklah. Oleh kerana keputusan UPSR aku yang cemerlang itu “hehe”, aku di tempatkan di dalam kelas “TOP FIVE from Below” dari 10 kelas yang ada. Senang cerita “midle class” lah. Semasa aku berada di tingkatan satu sehingga tiga, ia lebih kurang sama sahaja dengan apa yang aku lalui sewaktu zaman sekolah rendah.

Lulus gagal, turun naik dalam keputusan peperiksaan, kena denda dengan guru seperti cubit, tampar, rotan dan lain-lain, sekali lagi lumrah bagi diriku ini. Namun segalanya, benar-benar mengajar aku erti kehidupan, terima kasih guru. Sehinggalah aku mengambil PMR. Nak tahu berapa yang aku dapat, “hehe” kalian fikir-fikirlah sendiri. Yang pasti subjek Bahasa Inggeris aku masih “maitan” E. C banyak, D pun ada. “Fuh” masih lagi aku teringat dengan keputusan begini, aku berangan nak masuk asrama penuh… “haha” nak ketawa dan menangis aku bila difikirkan kembali saat itu.

Aku tidak pasti apa perasaan guru kaunseling yang memberikan aku borang permohonan tersebut. Barangkali mungkin hendak menjaga hati kawan dia iaitu bapa akulah kan. Tidak apa, yang penting semangat itu masih ada. Aku juga masih teringat, ibu ayahku terkaku-kaku dalam memberitahu akan keputusan anak mereka ini, barangkali mungkin ada perasaan malu, dengan keputusan aku. Tetapi mereka tidak pernah menyatakannya, lebih-lebih lagi ibuku yang tidak henti-henti berdoa kepada Maha Pencipta untuk kebaikan anak-anak beliau, lebih-lebih lagi diriku. Hui, memang tercabar “beb” maklumlah, aku anak sulung, cabaran sangat kuat dalam memberi contoh teladan yang baik kepada adik-adik.

Habis PMR, aku masuk tingkatan empat. Aku pernah berhajat, nak masuk aliran sains, “hui” berangan lagi tu, tapi tidak melepasi kelayakan yang ditetapkan oleh pihak sekolah, sebab keputusan Matematik aku “terer” dan “baguSSSI” sangat, disamping subjek sains aku yang begitu C..emerlang sekali. Aku sanggup buat rayuan, menghadap GPK HEM sekolah semata-mata menyatakan semangatku ini. Pada waktu itu aku, masih kurang jelas kenapa aku melakukan sedemikian rupa, “huhu”. Aku ingat lagi pertanyaan GPK HEM terhadap aku.

“Zhafir, kenapa awak nak masuk aliran sains nih, cuba awak cerita pada saya” … Tanya cikgu tersebut.
“Err, saya nak belajar kimia cikgu”, … jawab aku
“Kenapa awak nak belajar kimia”… tanya cikgu kembali.
“Saya nak buat bom, cikgu”, balas aku…
 Diam…..Terkesima cikgu itu barangkali…..

Bual demi bual, akhirnya keputusan muktamad, aku tak layak masuk aliran sains. Menangis dan sedih aku, menyesal pun ada saat itu, maka terdetiklah di hati ini, “kenapalah aku tak belajar betul-betul masa PMR”
Akhirnya aku ditempatkan dalam kelas akaun, “tak mengapalah fir, kau buktikanlah sesutu pada SPM nanti” bisik hatiku. Barangkali, Allah hendak menguji aku, barangkali juga Allah mendengar rintihan hambanya ini. Suatu ketika, Allah timpakan musibah pada hambanya ini. Aku ditimpa kecelakaan yang mana, aku terlibat dalam kemalangan motorsikal, “huhu” masuk hospital aku, adalah dalam satu hari,,, oleh kerana ibuku bekerja sebagai seorang jururawat di hospital berkenaan, bayaran bolehlah juga ada diskaunnya. Mengikut laporan perubatan yang aku terima, aku mengalami sedikit keretakan di bahagian tulang ke tengkorak aku tak pastilah, tapi memnag di bahagian kepala lah.

Aku masih ingat lagi kata-kata doktor yang merawat aku, “ Tak apa, lepas nih kamu mungkin boleh jadi pandai ye dik”… Allahukbar, mudah-mudahan ia menjadi sebuah doa dan menjadi pemangkin semangatku untuk menghadapi peperiksaan SPM pada tahun hadapan. Alhamdulillah, mungkin ini dengan takdir dan keizinan Allah barangkali, adalah sedikit perubahan terhadap diriku pada waktu ketika itu, bolehlah rajin “siki-sikit” nak buat kerja sekolah dan sebagainya, tapi nakal tu tetap ada “hehe” ponteng , lepak kat “library” dan macam-macam lagilah, benda jahat itu tetap ada “hehe”.

Usaha demi usaha, latihan yang tidak pernah jemu serta berkat doa ibu ayahku, SPM aku, bolehlah baik jugalah bagi aku, tapi masih lagi biasa-biasa sahaja.  “takda”lah cemerlang sangat dan bukanlah dikategorikan sebagai “best student” pun “huhu” untuk SPM. Tapi Alhamdulillah, bagi aku, ini adalah permulaan untuk aku terus bangkit dan berusaha dalam menuntut Ilmu Allah yang Maha Luas ini. Ingat, aku ulangi… “aku hanyalah pelajar yang mendapat keputusan yang biasa-biasa sahaja dalam SPM”. “Upps”, lupa, Bahasa Inggeris aku “maintain” E lagi “tau” “hehe”

 Memori : Tingkatan Empat Permata SMK Dato Onn Batu Pahat. tahun 2002

Habis SPM, aku masuk sekejap tingkatan enam, fuh aku tengok ada subjek ekonomi, “pergh” tak boleh belah aku untuk subjek ni, kemudian aku membulatkan tekad untuk meneruskan pengajian dalam bidang perakaunan di politeknik, “huhu” nak masuk matrikulasi tak lepas, sebab bahasa Inggeris aku tidak kredit atau kepujian dan paling penting, aku takda rezeki. “Takpa Fir, peluang masih ada, jangan patah semangat, buat diploma ni dengan baik, insya Allah”, bisik hatiku.  ~ bersambung ~