Showing posts with label Minda Pengarang. Show all posts
Showing posts with label Minda Pengarang. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Kisah Aku dan Ustaz : Baitul Muslim

Alhamdulillah,,, dalam musim cuti sekolah ini, ada sahaja keluarga dan masyarakat di Malaysia ini mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis perkahwinan buat anak-anak mereka. Tidak ketinggalan ada juga dikalangan rakan-rakanku yang akan berkahwin pada tahun ini... Alhamdulillah...Yang sudah berkahwin, aku doakan agar hidup kalian lebih diberkati dan bahagia hendaknya disamping keluarga, suami, isteri dan anak-anak. Kepada yang akan berkahwin... pun begitu juga... Oleh kerana itu,,, untuk entri kali ini, aku berminat untuk berkongsikan dengan kalian akan sebuah cerita... cerita apa... cerita pasal kahwinlah...

Perkahwinan itu juga sebuah rezeki pemberian Allah... kerana dari perkahwinan juga Allah berikan kita kebahagian hidup... sebab dalam hidup manusia ini semua nak cari kebahagian... jadi antara salah satunya adalah dengan membina kebahagiaan dari alam rumah tangga Insha Allah. Baik,,, berbalik pada perkongsian yang aku ingin tulis disini....Ketika dalam perjalanan menuju ke warung untuk mendapatkan santapan tengah-hari... 

 Sekadar Gambar Hiasan

Ketika sahabatku ini sedang fokus pada pemanduannya,,, tiba-tiba tergerak hatiku ingin mengetahui serba sedikit akan cerita peribadi beliau...
 
Aku : Err...Ustaz, isteri ustaz orang mana ya...

Ustaz : Isteri sama satu tempat dengan ana di Kota Tinggi. Kenapa sheikh...

Aku : Tak da apa Ustaz, ana sahaja tanya... hurm, habis sekarang ustaz ulang-alik ke Kota Tinggi ke setiap minggu.

Ustaz : boleh dikatakan begitulah zafi,,, biasalah,,, biarpun begitu perasaan risau tu memang ada. Yelah dengan kami pun baru sahaja dikurniakan cahaya mata yang pertama kan... sapa tak sayang isteri zafi... dan Insha Allah selepas ni, kami akan mulai tinggal bersama di area Bangi...

Aku : Alhamdulillah, sewa rumah berapa sebulan Ustaz.

Ustaz : 500 ringgit sheikh...enta ni tanya ana akan hal ni, enta bila lagi... sheikh...

Aku : Hurm Alhamdulillah ustaz... buat masa sekarang ana dalam proses taaruf lagi Ustaz... baru kenal-kenal dengan ibu dan ayah masing-masing.

Ustaz : “Alhamdulillah” baguihla...

Aku : Tapi orang yang dah kahwin ni, mesti hidupnya penuh barokah kan Ustaz...

Ustaz : Betul tu enta,,, Syaitan menangis kalau orang muda ni kahwin... lagi satu rezeki dan urusan kita ni, Allah akan permudahkan... zafi Insya Allah...

Aku : hurm mungkin Ustaz boleh kongsikan pengalaman Ustaz ketika mula-mula ingin membina baitul muslim ni

Ustaz : Insha Allah, zafi boleh... kalau nak ikutkan kisah ana ni, Allahuakbar,,, memang mencabar... yelah barangkali enta mungkin faham kan, zaman sekarang ni semua memerlukan duit. Ana dulu yelah,,, tika tu dengan ana masih lagi dalam pengajian sarjana ana di UKM, sambil tu memang ada juga lah ana buat program motivasi dan kerja-kerja lain, bolehlah juga dapat dalam RM 200 sebulan,,, enta tahu kan hidup di sini dengan sara hidupnya begitu begini dan lain-lain lagi. Yelah zafi pun orang Johor,,, kan masa ana dulu mas kahwinnya dalam RM 2+.++ kan itu pada ketika itukan,,, masa ana dulu, di sebelah pihak perempuan tetapkan mas kahwin 200... masa mula-mula dah tetapkan tu,,, yelah mungkin ana rasa ana mampu nak bayar mas kahwin tukan, tapi nak dijadikan cerita pada hari ana ingin menikah tu, duit ana tak cukup zafi,,, ada 5 ringgit sahaja dalam poket seluar,,, yelah matlamat ingin guna duit sendiri.

Aku : habis apa tindakan Ustaz ketika itu (“perasaan ingin tahu bertambah dalam diriku”)

Ustaz : Hurm... bila kenang kembali,,, Allah itu Maha Berkuasa... yang penting kita kena yakin dan berdoa pada Allah,,, dengan keteguhan niat murni kita nak bina baitul muslim,,, nak elak berlaku maksiat dan benda tak baik nikan,,, hurm okei sambung yang tadi tu,,, yelah 5 ringgit zafi,,, ada 195 ringgit lagi tak cukup... jadi lepas tu sebelum bertolak ke rumah bakal isteri ana,  ana telefonlan dia bagitahu keadaan ana yang tak cukup duit nak dapatkan 200 ringgit tu, jadi kami pakatlah agar mas kahwin tu ikut pada kadar yang sedia ada 2+.++ ringgit tu. So ibu bapa mertua ana tika tu pun setuju, isteri ana pun pada ketika itu pun setuju... okei... masa tu dah decide dah mas kahwin adalah pada nilai tersebut...

Aku : Eh bukankah ustaz habaq tadi duit ustaz ada 5 ringgi je,,, jadi mana ustaz cari selebihnya...

Ustaz : ya benar zafi... masa tu pun ana pening juga,,, ana tak jelaskan perkara sebenar... yang duit ana Cuma ada 5 ringgit je... bila sampai kat rumah isteri ana masa sebelum nak akad nikah,,, pada waktu nikah tu, kawan-kawan lama ana datang bagi meraikan hari pernikahan ana tika itu, memang ana ada maklumkan pada mereka yang ana bernikah pada hari tersebut lah kan... entah macam mana kuasa Allah Taala,,, kawan-kawan ana ni ada urusan lain,,, jadi diorang tak sempat berasama waktu proses akad nikah tulah,,, yelah waktu kami bersalam-salaman tu,,, sorang-sorang sedekah duit...kat ana... jadi duit sedekah yang kawan-kawan ana bagi tu ,,, kumpul punya kumpul cukup pula 200 ringgit... Alhamdulillah... jadi yang mas kahwin tadi tukaq pada perancangan asal... Alhamdulillah,,, lepas lafaz ijab kabul, kami disatukan,,, Alhamdulillah rezeki Allah selepas kami mendirikan baitul muslim ni sentiasa ada... syukur sangat,,, siap Allah kurniakan lagi anak untuk kami berdua ...

Aku : Allahukbar,,, betullah... ustaz... bersemangat pulak ana nak nikah cepat-cepat ni... Insha Allah.. mudah-mudahan...

Rezeki dan kebahagiaan itu semuanya adalah kuasa Allah Taala. Paling penting kita kena usaha, doa banyak-banyak minta pada Allah agar Allah mudahkan segala urusan kita, rezeki kita dilapangkan dan sebagainya selain niat dan keinginan kita dalam melakukan sesuatu perkara. Hendaklah perkara tersebut didasari hanya semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah s.w.t Insha Allah... (^ _ ^)






Thursday, January 5, 2012

Alam Peperiksaan : Lulus Atau Gagal



Hari ini, setiap orang khususnya mereka yang sedang, atau akan menduduki alam peperiksaan baik mereka yang masih bergelar murid, pelajar, mahasiswa atau sesiapa sahaja  mempunyai pilihan samada ingin lulus atau gagal, ingin cemerlang  atau sebaliknya.

Biasanya seorang yang cemerlang dalam konteks peperiksaan dilihat pada grednya, bilangan A nya begitu juga sebaliknya. Sekiranya istilah ini digunakan, makanya aku bukanlah orang yang cemerlang dalam peperiksaan . Amat jauh sekali

Dalam alam peperiksaan, tidak semua akan lulus dengan cemerlang, tidak semua akan lulus setakat lulus dan tidak pula semuanya gagal atau tidak cemerlang dalam peperiksaan. Nisbah lulus atau gagal ini, dipengaruhi oleh beberapa pemboleh ubah seperti daya usaha, ketekunan, keyakinan, atau sebagainya.



Sekiranya mereka yang lulus dengan cemerlang akan sesuatu subjek, mereka pasti gembira, suka, bersyukur dan sebagainya. Saya pasti anda juga begitu walhal saya pasti hanya orang gila dan kurang siuman sahaja apabila dia lulus dengan cemerlang  dalam sesuatu peperiksaan akan mengambil tindakan yang tidak bermoral seperti membunuh diri, terjun dari bangunan lima tingkat tanpa ada sokongan apa jua peralatan untuk menyelamatkan diri dari kematian.

Bagi mereka yang gagal, bagaimana pula rasanya, izinkan saya bertanya akan beberapa perkara. Adakah anda pernah gagal dalam peperiksaan !, sekiranya pernah, apa perasaan anda, sila jawab sendiri. Adakah juga anda pernah melihat rakan-rakan anda yang gagal dalam peperiksaan mereka, rasanya, adakah anda mampu menyelami perasaan mereka. Kalau anda mampu anda memang seorang yang hebat. Pada pandangan anda juga kenapa rasanya anda gagal, atau sesiapa sahajalah. Barangkali ada yang menjawab seperti ini :

 “ Usaha aku tidak cukup rasanya” , “ Hurm main lagi, kan dah jadi macam ini” dan bermacam-macam lagi yang akan anda monologkan dalam diri anda. 

Tidak semua orang yang cemerlang itu mampu mengekalkan kecemerlangan mereka ketika mana masih menuntut ilmu, ada orang ketika di peringkat sekolah rendah dan menengah memang dia dikategorikan sebagai pelajar cemerlang, mendapat A penuh dalam semua matapelajaran yang di ambil. Tetapi di peringkat universiti, kecemerlangan ini tidak berjaya dikekalkan malah ada yang gagal semasa di universiti, ada juga yang hanya menjadi seorang graduan yang biasa sahaja. Kenapa hal ini berlaku !, saya cuba membawa kepada satu analogi :

“ Di sebuah lautan yang luas, kelibat sebuah kapal yang karam, dalam kapal itu juga terdapat seorang perenang yang hebat dan beliau juga adalah seorang juara dunia dalam sukan renang.  Semasa kepal itu hendak karam beliau sempat terjun ke dalam lautan tersebut, hasratnya untuk menyelamatkan diri daripada mati lemas tidak kesampaian, kerana apa, kerana dia mati lemas la. Bayangkan seorang perenang yang hebat berenang dan menjadi juara mahupun perenang nombor satu di dunia ini sekalipun boleh jadi akan mati lemas. Kenapa rasanya… sebabnya beliau kekal di situ. Kenapa kekal di situ, ini kerana beliau sendiri tidak berusaha untuk berenang dan menyelamatkan diri.”

Sekalipun anda adalah orang yang pernah cemerlang sewaktu di zaman persekolahan dahulu, belum pasti lagi anda mampu cemerlang di peringkat yang lebih tinggi. ini boleh berlaku seandainya anda tidak berusaha untuk mengekalkan kecemerlangan itu disamping anda merasakan anda sudah pandai dan mampu mengikuti pembelajaran dengan baik dan cemerlang.

Tidak semua orang yang gagal akan terus gagal. Tidak semua orang yang gagal akan menjadi cemerlang. Nah, tadi kata tidak akan terus gagal lepas itu tidak cemerlang pula. Ialah, sekiranya orang yang gagal itu sedar dan dia bangkit dan belajar dari kegagalannya, barangkali dia akan menjadi cemerlang, ada juga orang yang gagal akan terus gagal, sekiranya dia tidak berganjak dan belajar dari kegagalannya. Mudah bukan. Sekiranya anda pernah gagal akan sesuatu perkara, anda pilihlah yang mana satu. Untuk terus gagal atau sebaliknya.


Tidak semua orang yang cemerlang dalam peperiksaan akan cemerlang dalam kehidupan mereka selepas alam belajar. Tidak semua orang yang gagal dan kurang cemerlang dalam sesuatu peperiksaan akan gagal dalam kehidupan mereka. Markah sesuatu peperiksaan itu hanya akan ditulis, dinyata dan dicetak dalam slip, atau hanya dalam sebuah sijil. Hakikatnya ia hanya sekeping kertas. Dan ia belum pasti menjamin akan kejayaan dalam kehidupan anda.



Pada pandangan saya, dalam alam peperiksaan ini. setiap dari kita pasti melalui akan perkara ini dalam dunia pembelajaran dan peperiksaan. Semoga kita terus menjadi orang yang akan terus berusaha dan berjaya. Walau bagaimanapun, kunci kejayaan kita yang sebenar adalah kecemerlangan kita dalam urusan di akhirat kelak. 

Sekilas pandangan dariku. aku hanya seorang mahasiswa biasa dan aku juga seorang graduan yang biasa sahaja.

Sumber Gambar : Google Picture

Saturday, November 13, 2010

UUM ini untuk dimakmurkan bukan sekadar dijejaki

Gambar Sekadar hiasan
" Kejayaan itu satu perjalanan, 
bukan satu tempat tujuan separuh dari keseronokannya
terdapat dalam menuju kesana." Gita Bellin

Alhamdulillah, petang tadi penulis berkesempatan untuk membawa diri menghirup udara segar meninjau, mengelilingi segenap sudut persekitaran kampus yang menjadi landasan buat diri penulis dalam menggapai pengetahuan di universiti ini.

Sepanjang perjalanan, sambil mengamati keindahan ciptaan ALLAH swt, penulis terfikir beberapa perkara yang mana masyarakat kampus ini baik mahasiswa mahupun pihak yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi sintok ini dengan baik dan penuh hikmah sama-sama berfikir sejenak berkenaan beberapa perkara yang sewajarnya diambil perhatian buat kebaikan diri sendiri.

Dengan lokasi universiti ini yang berada di kawasan hutan sambil persekitarannya yang sedikit sunyi jika dibandingkan dengan lokasi universiti di kawasan yang terletak di ibu kota yang mana dibanjiri dengan pengangkutan yang senantiasa bergerak sana dan sini dan sebagainya, membuatkan penulis sendiri merasa bersyukur dengan keadaan persekitaran bumi sintok ini yang saharusnya masyarakat kampus terutamanya mahasiswa mengambil peluang untuk mengikuti pengajian dengan hati yang tenang, udara persekitaran yang baik untuk belajar kerana dikelilingi tumbuhan hijau yang menjadi sumber oksigen buat manusia untuk bernafas.

Sepanjang tiga tahun pengajian disini, penulis merasakan Universiti ini sangat permai persekitarannya, barangkali mungkin ada dikalangan mereka yang merungut sukar untuk ke bandar, kemudahan infrastruktur yang mungkin tidak menepati citarasa seseorang yang ingin belajar atau sebaliknya, ya penulis juga mengakui sedemikian rupa cuma ia tidak boleh dijadikan alasan untuk gagal mengikuti pengajian dengan baik dan bergraduasi dengan jayanya.

Hakikatnya, universiti ini hanya sebuah lokasi yang menjadi tempat pengajian. Soalnya siapa pula yang dipertanggungjawabkan untuk memakmurkannya, mengurusnya, menjaganya seterusnya bersama-sama menaikkan nama universiti ke arah mercu tanda yang diimpikan. Universiti ini sangat cantik, sangat indah tetapi oleh kerana orang yang seharusnya bersama-sama memakmurkan bumi pengajian di lokasi ini gagal menjalankan tugasnya, gagal menjaga statusnya hatta peri penting persekitaran universiti ini yang tidak diambil peduli dengan masing-masing mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain yang sedaya upaya mencari altenatif berusaha menjaga mememilahara universiti ini, memakmurkan tradisi pengurusan serta pengajian yang seharusnya menjadi kiblat utama mereka, oleh kerana kealpaan ini, mereka sendiri memburukkan universiti ini, mereka sendiri mengutuk tempat pengajian sendiri, mereka sendiri yang memperlekehkan universiti sendiri, sedangkan lokasi, nama universiti tidak bersalah apa pun tetapi diperkatakan sedemikian rupa, walhal mereka yang dipertanggungjawabkan bersama-sama memakmurkan bumi sintok ini tidak sendiri mencari hikmahnya.

Kini, di tempoh akhir pengajian, hati ini bertanya pada diri sendiri, “apa yang sudah aku sumbangkan pada universiti ini”, Allahuakbar persoalan yang tidak dapat dijawab oleh diri sendiri. Penulis berkeyakinan, seandainya kita sedar akan peri tanggungjawab untuk memakmurkan bumi pengajian di lokasi ini dengan baik, hati yang tulus, berganding bahu dan sebagainya, insya ALLAH, penulis pasti universiti ini akan menjadi landasan tempat pengajian yang menjadi impian bagi orang lain untuk belajar disini disamping taraf universiti meningkat dari sudut kualiti baik kondusif, pengurusan dan akademiknya.

Akhir kalam : Sayang UUM