Tuesday, December 7, 2010

Dedikasi Khas Buat Ayah dan Ibuku...(,") Restu Ibu Ayah


Oh ayah… Oh ibu…
Ayah ibu ku pohon restumu untukku,
Ayah ibu engkaulah permata hatiku,
Ayah ibu ku sembahkan laguku untukmu,
Ayah ibu hanya dikau penyeri hidupku…

Restumu ibu dan ayah
Cahaya kehidupan cinta dan belai kasihmu…
Bersemi di taman hati..
Restumu ibu dan ayah…

Azimat perjuangan mencari impian cita
Keluarga bahagia….

Sakita bersama
Hilanglah segala duka lara
Bicara kata pengubat rindu
Jasa baktimu semai di kalbu
Moga kau bahgia selamanya
Dengan kurniaan maha Esa
Terima kasih permata hati
Restumu tetap bersama, ke akhirnya….

Kasih sayang ibu
Mekar mewangi suci abadi
titis pengorbananmu oh ayah tak terbalas
Tak terduga
Moga kau bahgia selamanya
Dengan kurniaan maha Esa
Terima kasih permata hati
Restumu tetap bersama, ke akhirnya…..

Lagu Dendangan Kumpulan Saujana

Terima Kasih Ayahku Mairop Bin Amal dan Ibuku Dzahrah Bt Mohd Shah... Along Sayang Ayah Ibu

Sunday, December 5, 2010

Salam Maal Hijrah 1432... Ayuh Muhasabah Diri Kita

Sempena Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah, iaini bersamaan 1432 Hijrah, Ayuh kita bermuhasabah sejenak akan perilaku, tindak tanduk mahupun amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang tahun yang lalu... Ayuh kita nilai kembali diri kita... berkenaan beberapa perkara... Penulis mengingatkan akan dirinya sendiri... seakan makin jauh... makin jahil... dan masihkah ada kesempatan untuk kita untuk melunaskan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah swt di muka bumi ini... Oleh yang demikian... ayuh kita semak kembali tentang beberapa perkara.

1)       Adakah anda bersembahyang berjemaah setiap hari?
2)       Adakah anda melakukan perkara-perkara sunat dan solat Rawatib?
3)       Adakah anda tertinggal takbiratul ihram pertama?
4)       Adakah anda membaca Al-Quran pada hari ini?
5)       Adakah anda membaca doa-doa ma’thur pada hari ini?
6)       Adakah anda selawat keatas nabi dan rasul hari ini?
7)       Adakah anda menjalankan dakwah kepada orang lain?
8)       Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?
9)       Adakah anda menyeru orang kepada kebaikan dan melarang dari kemungkaran?
10)   Adakah anda membaca buku-buku islam?
11)   Adakah anda mengambil iktibar dari pengalaman hari ini?
12)   Adakah anda bergaul dengan orang yang soleh?
13)   Adakah anda menitiskan air mata ketika mengingati Allah?
14)   Adakah anda memikirkan tentang hari akhirat?
Dimanakah kedudukan anda? Syurga atau Neraka?
15)   Adakah anda pernah memikirkan tentang maut?
16)   Pernahkah anda memungkiri janji?
17)   Pernahkah anda berbohong?
18)   Pernahkah/Adakah anda terjerumus kedalam maksiat?
19)   Pernahkah anda menzalimi orang lain/binatang?
20)   Pernahkah anda mencerobohi hak orang lain?
21)   Adakah anda membantu orang lain kerana Allah?
22)   Pernahkah anda mengumpat orang lain?
23)   Adakah anda memaafkan orang lain diatas kesalahan mereka?
24)   Adakah anda menahan marah dan sabar ketika kesulitan?
25)   Adakah anda beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
26)   Adakah anda pernah rasa riak dan takbur?
27) Adakah anda menjaga mata,tangan,telinga,kaki,mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat?
28)       Adakah anda telah berniat untuk bersolat tahujjud dan hajat pada malam ini?
29)       Adakah anda menagabaikan kewajipan menepati masa terutamanya di dalam urusan solat fardhu?
30)       Adakah anda ingin memperbaiki keadaan diri anda untuk hari esok dengan lebih baik lagi?



Sumber Gambar : Enjin Carian Google dan Iluvislam.com
Kredit untuk penulis asal penulisan ini (,")